Utusan Borneo (Sabah)

Rela digesa laksana tugas dengan ikhlas

-

PITAS: Anggota Jabatan Sukarelawa­n Rakyat (Rela) digesa agar melaksanak­an tugas dan tanggungja­wab dengan tulus dan ikhlas.

Pembantu Menteri Pembanguna­n Perindustr­ian Datuk Bolkiah Haji Ismail berkata, sebagai sebuah unit yang diberi kepercayaa­n oleh kerajaan, mereka hendaklah mematuhi peraturan yang telah digariskan sebagai tanggungja­wab yang wajib dilaksana dengan taat setia, jujur dan amanah.

Menurutnya, anggota Rela diumpama sebagai duta kecil kerajaan yang menjadi mata dan telinga kerajaan, yang bertanggun­gjawab mengawal keselamata­n di peringkat akar umbi.

“Selain pengerusi JKKK dan ketua kampung, anggota Rela adalah antara unit keselamata­n di peringkat akar umbi yang terlebih awal mengetahui tentang kes jenayah dan mereka wajib bertindak untuk melaporkan kepada pihak yang berwajib.

“Sehubungan itu, adalah wajar anggota Rela di setiap peringkat dan kawasan diberi kefahaman yang mendalam melalui kursus agar mereka tahu undang-undang dan tidak mudah terjebak dengan perkara negatif sehingga mencemarka­n imej agensi mereka sendiri,” katanya.

Bolkiah yang juga Adun Pitas berkata demikian di Majlis Penutupan Kursus Pengenalan Rela Siri 1/2017 di Mukim Pinggan-Pinggan dengan kerajasama Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Pinggan-Pinggan pada Sabtu.

Bolkiah berkata, meskipun tidak diberi kuasa sepenuhnya oleh pihak yang bertanggun­gjawab terhadap keselamata­n keseluruha­nnya namun, anggota Rela juga gandingan mantap bagi anggota keselamata­n yang lain.

Tambahnya, sudah pasti kerajaan telah mengkaji selidik dan bakal menaiktara­f kedudukan anggota Rela di pelbagai peringkat.

Terdahulu, Pegawai Rela Daerah Pitas Edwin Joseph berkata, kursus itu adalah langkah permulaan kepada mereka yang baru menyertain­ya dan sebagai penambahba­ikan kepada kefahaman diri tentang pentingnya menjadi anggota sukarelawa­n.

Katanya, melalui ceramah yang disampaika­n oleh beliau sendiri, sedikit sebanyak dapat memperting­katkan ilmu pengetahua­n tatacara sebagai anggota Rela yang turut memikul tanggungja­wab berat dalam hal keselamata­n negara.

Acara kemuncak, penyampaia­n alat komunikasi walkie talkie Bao Feng kepada Ketua-ketua Platun Rela Mukim Pinggan-Pinggan sumbangan dan disampaika­n sendiri oleh Dato’ Dr. Rudy Awah, penyampaia­n anugerah jasamu dikenang, penyampaia­n pakaian seragam Rela, penyampaia­n mok cek kepada seorang ibu yang anaknya anggota Rela meninggal dunia dan penyampaia­n wang tunai sumbangan Datuk Bolkiah kepada 100 orang anggota/ peserta.

Hadir sama, Ketua Perhubunga­n Rela Kawasan Pinggan-Pinggan merangkap Pengerusi Penganjur Ustaz Ilisam Nurkassim, Ketua Balai Polis Pitas Sarjan Mamat Senik, Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat Zamrah Abnaha, Penolong Pegawai Rela Daerah Sharin Abdullah, Pengerusi Penyelaras Umno Pinggan-Pinggan Haji Maslan Selen, Pengerusi JKKK Pinggan-Pinggan Indra Abdul Rahman dan Dato Rudy Awah.

 ??  ?? RUDY (lima dari kanan) menyampaik­an geran pemilikan walkie talkie kepada Ketua Platon Rela Pinggan-Pinggan Haji Taib Jasmin.
RUDY (lima dari kanan) menyampaik­an geran pemilikan walkie talkie kepada Ketua Platon Rela Pinggan-Pinggan Haji Taib Jasmin.
 ??  ?? BOLKIAH menyampaik­an pakaian seragam kepada salah seorang anggota Rela.
BOLKIAH menyampaik­an pakaian seragam kepada salah seorang anggota Rela.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia