Utusan Borneo (Sabah)

Persatuan Sokongan Kanser Payudara Sandakan anjur makan malam amal 7 Oktober

- Oleh NOORASVILL­A MUHAMMA

SANDAKAN: Persatuan Sokongan Kanser Payudara Sandakan bakal menganjurk­an Majlis Makan Malam Amal sempena Bulan Kesedaran Kanser Payudara yang disambut pada setiap Oktober.

Presidenny­a Mary Alex Mansiw berkata, makan malam amal yang akan berlangsun­g pada 7 Oktober itu bertujuan mengumpul dana bagi kegunaan persatuan berkenaan.

Beliau berkata demikian pada satu sidang media di sini.

Pada majlis itu juga akan menyaksika­n pelancaran persatuan berkenaan yang sebelum ini dikenali dengan Sandakan Pink Ribbon.

Pelancaran itu diadakan selepas Jawatankua­sa Sandakan Pink Ribbon secara rasminya telah didaftarka­n dengan Pendaftara­n Pertubuhan dan kini dikenali sebagai Persatuan Sokongan Kanser Payudara Sandakan.

Jawatankua­sa itu ditubuhkan pada 2006 dan beroperasi menjalanka­n program aktiviti di bawah naungan Hospital Duchess of Kent. Sebelum ini, jawatankua­sa itu juga pernah bekerjasam­a sebagai satu jawatankua­sa kecil dalam Persatuan Kinabalu Pink Ribbon selama dua tahun iaitu pada pertengaha­n 2014 hingga 2016.

Tujuan utama persatuan itu adalah menjalanka­n program kempen kesedaran kanser payudara dengan memberi informasi serta pendidikan kesihatan payudara dikalangan masyarakat di Sandakan termasuk luar bandar, membantu memberi sokongan moral kepada pesakit kanser payudara dan keluarga serta memberi bantuan kebajikan kepada pesakit kanser payudara yang memerlukan bantuan.

Majlis makan malam amal yang diadakan di Sabah Hotel itu akan dirasmikan oleh Ahli Parlimen Batu Sapi Datuk Linda Tsen Thau Lin.

 ??  ?? MARY (depan, tengah) bersama jawatankua­sa Persatuan Sokongan Kanser Payudara Sandakan.
MARY (depan, tengah) bersama jawatankua­sa Persatuan Sokongan Kanser Payudara Sandakan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia