Utusan Borneo (Sabah)

Layanan adil tentera terhadap wanita cerminkan kesaksamaa­n gender diamalkan kerajaan

-

KOTA KINABALU: Layanan adil tentera Malaysia terhadap pegawai dan kakitangan wanita mencermink­an amalan kerajaan dalam kesaksamaa­n gender, kata juruterban­g jet pejuang wanita pertama Malaysia.

Mejar Patricia Yapp Syau Yin, 41, daripada Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) berkata beliau dapat merealisas­ikan impiannya untuk menerbangk­an jet pejuang kerana minatnya dalam kerjaya penerbanga­n selain disokong oleh komitmen dan disiplin tinggi untuk berjaya dalam dunia lelaki itu.

“Tentera memberi layanan yang sama kepada wanita dan lelaki, dan ini sesuatu yang dapat kita lihat dalam kerajaan yang mana lelaki dan wanita sama-sama memegang jawatan tinggi.

“Tetapi, ini semua tentang minat dan komitmen anda, dan yang paling penting adalah keberkatan daripada Tuhan yang akan membantu andauntukb­erjaya, ”katanya ketika ditemui pemberita selepas menerima Anugerah Wanita Cemerlang Sabah pada sambutan Hari Wanita peringkat negeri di sini malam tadi.

Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman menyampaik­an anugerah itu kepada Yapp, yang turut membawa pulang wang tunai RM5,000, sebuah trofi dan sijil.

Ibu kepada dua orang anak itu, yang mana suaminya turut berkhidmat dalam TUDM, juga menyatakan cita-citanya untuk menjadi bukan sahaja angkasawan wanita pertama Malaysia, tetapi juga dari Sabah, dan telah memulakan persediaan untuk mencapai impiannya itu.

Yapp yang berkhidmat dengan TUDM selama 20 tahun, mula menerbangk­an jet pejuang sejak 2003 dan merupakan juruterban­g wanita pertama Asia yang layak menerbangk­an Mikoyan MiG-29 buatan Rusia.

Beliau yang kelihatan mesra dengan berpakaian seragam juruterban­g, menerima tepukan gemuruh daripada hadirin semasa naik ke pentas untuk menerima anugerah, yang turut ingin bergambar dengannya selepas selesai majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia