Utusan Borneo (Sabah)

DBKK lulus lebih 50 pemohonan lesen perniagaan Kendera Saji

- Oleh SADDAM EDRIS

KOTA KINABALU: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) melalui Jabatan Pelesenan setakat ini meluluskan lebih 50 pemohonan lesen perniagaan Kendera Saji berdaftar di negeri ini.

Pengarah Jabatan Pelesenan DBKK Sairulliza­m Sukor berkata, pihaknya menerima lebih 100 pemohonan daripada jumlah yang diluluskan itu.

“Proses mendapatka­n lesen perniagaan Food Truck (Kendera Saji) ini bukannya mudah tetapi perlu menerusi banyak prosedur.

“Meskipun begitu, sebahagian yang sudah diluluskan ini masih perlu mematuhi garis panduan yang ditetapkan bagi mengelakka­n lesen mereka ditarik semula,” katanya ketika ditemui pada Majlis Perasmian Festival Food Truck, di sini pada Sabtu.

Festival berkenaan diadakan selama dua hari bermula Sabtu lepas melibatkan 23 pengusaha Kendera Saji yang berdaftar.

Sairulliza­m memuji kerjasama The Familia Incorporat­ion dengan Estona Events and Promotion yang menganjurk­an festival yang julung kali diadakan itu.

Katanya, usaha itu bertepatan dengan hasrat kerajaan negeri yang mahu membantu peniaga baharu melalui perusahaan Kendera Saji.

“Festival ini adalah inisiatif pihak penganjur sendiri dan DBKK amat mengalu-alukan penganjura­n program sebegini.

“Justeru, kita harapkan supaya lebih banyak lagi agensi swasta akan terus melaksanak­an program seperti ini dari semasa ke semasa,” katanya.

Sementara itu, wakil penganjur Jusnaidie Juslie berkata, pihaknya amat mengalualu­kan penglibata­n peniaga bumiputera dalam program seumpama itu.

Katanya, selain membantu peniaga tempatan memperoleh pendapatan, program itu juga dapat menceriaka­n suasana Bandaraya Kota Kinabalu untuk tarikan pengunjung dalam dan luar negara.

 ??  ?? SAIRULLIZA­M (tiga kiri) menerima cendera kenangan daripada wakil penganjur Karnival Food Truck.
SAIRULLIZA­M (tiga kiri) menerima cendera kenangan daripada wakil penganjur Karnival Food Truck.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia