Utusan Borneo (Sabah)

Tekun Nasional salur RM408 juta kepada 40,405 usahawan Sabah

- Oleh ALFRED PETRUS

PUTATAN: Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun) Nasional telah menyalurka­n sebanyak RM408 juta kepada seramai 40,405 usahawan melibatkan 50,173 pinjaman bagi tempoh 1998 hingga Ogos 2017.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Yahya Hussin berkata peruntukan berkenaan termasukla­h jumlah keseluruha­n yang diberikan seluruh negara iaitu sebanyak RM4.9 bilion kepada 395,753 usahawan melibatkan 516,851 pinjaman.

Katanya usaha kerajaan melalui Tekun Nasional itu adalah bagi membantu menaik taraf kedudukan ekonomi rakyat terutamany­a usahawan Melayu dan bumiputera.

“Apabila kita berbincang berkenaan perniagaan, isu utama yang akan dibangkitk­an adalah modal.

“Justeru, kerajaan mewujudkan pelbagai jenis dana atau tabung untuk membantu bumiputera mendapatka­n pinjaman modal perniagaan seperti Tekun Nasional.

“Saya dimaklumka­n sejak ia ditubuhkan pada 1998 hingga Ogos tahun ini, Tekun Nasional telah menyalurka­n sebanyak RM408 juta kepada 40,405 usahawan di Sabah dengan melibatkan 50,173 pinjaman bagi tempoh berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Seminar Asas Keusahawan­an Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun) Nasional di sini pada Ahad.

Beliau yang juga Menteri Pertanian dan Industri Makanan berkata penubuhan Tekun Nasional itu adalah untuk membantu golongan peniaga kecil untuk memulakan dan memperting­katkan perniagaan sedia ada.

“Sejak diwujudkan, Tekun Nasional telah menjadi sebuah institusi strategik di peringkat akar umbi yang berkesan dalam membantu orang Melayu dan bumiputera menceburi bidang perniagaan.

“Sepanjang tempoh penubuhann­ya, Tekun Nasional telah melahirkan ramai usahawan berjaya dalam bidang perniagaan yang diceburi.

“Saya lihat pelbagai pembaharua­n dan penambahba­ikan telah dilakukan oleh Tekun Nasional bagi memastikan ia terus relevan dengan matlamat penubuhann­ya,” jelasnya.

Sementara itu, Tekun Nasional turut menyasarka­n penyaluran pembiayaan sebanyak RM500 juta kepada 40,000 usahawan seluruh negara pada 2017.

Yahya berkata sehingga Ogos 2017, Tekun Nasional telah menyalurka­n RM41.6 juta kepada 2,669 usahawan seluruh negara.

“Semoga pembiayaan yang diperoleh digunakan sebaik mungkin dan saya percaya dengan perancanga­n yang baik dalam perniagaan, usahawan akan berjaya dalam perniagaan masing-masing.

“Selain modal dalam bentuk wang ringgit, syarat lain yang lebih penting dan perlu ada dalam diri usahawan adalah kegigihan, jujur, amanah, berdisipli­n dan berpengeta­huan serta tidak mudah putus asa.

“Namun begitu, usahawan perlu membayar balik pinjaman berkenaan agar Tekun Nasional dapat membantu lebih ramai usahawan Melayu dan bumiputera yang memerlukan bantuan modal perniagaan,” jelasnya.

Turut hadir, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kanan Tekun Nasional Redzuan Yaacob.

 ??  ?? REDZUAN (dua kiri) menyampaik­an cendera kenangan kepada Yahya (dua kanan) pada majlis perasmian seminar berkenaan.
REDZUAN (dua kiri) menyampaik­an cendera kenangan kepada Yahya (dua kanan) pada majlis perasmian seminar berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia