Utusan Borneo (Sabah)

291 nelayan PNK Tawau terima elaun sara hidup nelayan

- Oleh AMIR ANUAR

TAWAU: Seramai 291 nelayan melibatkan ahli Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Tawau menerima Elaun Sara Hidup Nelayan Secara Tunai bernilai RM87, 300 (RM300 seorang), di sini, Ahad.

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi merangkap Ahli Parlimen Tawau Datuk Mary Yap Kain Ching berkata penyerahan sumbangan itu menunjukka­n keprihatin­an kerajaan.

“Pada pembentang­an bajet sebelum ini, jumlah elaun nelayan ditambah dan menunjukka­n keprihatin­an kerajaan Barisan Nasional kepada golongan nelayan di Malaysia.

“Gunakanlah bantuan ini dengan bijaksana untuk keutamaan keluarga, kerana pemberian ini hasil nikmat ataupun penghargaa­n kerajaan dan rezeki daripada Tuhan,” katanya.

MaryYapber­katademiki­an semasa berucap merasmikan Majlis Penyerahan Elaun Sara Hidup Nelayan Secara Tunai Bulan Ogos, PNK Tawau, di salah sebuah hotel, di sini.

Menurutnya, sebelum ini elaun bulanan sara hidup yang diberikan sebanyak RM200 sebulan, tetapi dinaikkan kepada RM300 untuk nelayan Kategori B dan C.

“Sumbangan ini diberikan kepada golongan yang betul-betul mengusahak­an sektor perikanan sebagai sumber pendapatan untuk menyara keluarga mereka,” katanya.

Beliau berkata kerajaan sudah membelanja­kan jutaan ringgit untuk membantu meringanka­nbebangolo­ngan nelayan akibat peningkata­n kos sara hidup pada masa kini.

Pada masa sama, kerajaan juga menyediaka­n bantuan subsidi minyak petrol dan diesel kepada nelayan yang boleh diperolehi di pusat-pusat jualan yang ditetapkan.

Mengulas lanjut, beliau menyeru golongan nelayan terus berusaha menambah pendapatan masing-masing dengan lebih keras lagi menerusi sumber-sumber ikan di daerah ini.

“KitadiTawa­umempunyai sumber ikan yang begitu luas meliputi kawasan antara Sungai Kalabakan sehinggala­h Sungai Kalumpang,” katanya.

Menyentuh hal berkaitan, nelayan terlibat disaran menjual hasil ikan kepada Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) melalui PNK Tawau sebagai teras kebajikan mereka.

 ??  ?? MARY Yap menyerahka­n bantuan elaun kepada salah seorang penerima.
MARY Yap menyerahka­n bantuan elaun kepada salah seorang penerima.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia