Utusan Borneo (Sabah)

Program kerajaan erat persaudara­an

- Oleh JOHAN AZIZ

KENINGAU: Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Joseph Kurup berkata program anjuran kerajaan amat penting bagi mengeratka­n tali persaudara­an antara penduduk kampung dan pemimpin.

Katanya, pengurusan program itu menggambar­kan wujudnya kerjasama dan kesepaduan antara penduduk kampung.

“Kerjasama sebegini perlu diteruskan bagi mewujudkan sebuah komuniti yang harmoni dan bersatu padu,” katanya semasa berucap merasmikan Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Kampung Magatang di sini pada Ahad.

Majlis itu dianjurkan oleh Kawasan Rukun Tetangga (KRT) dan Komuniti 1Malaysia kampung itu.

Kurup yang juga Ahli Parlimen Pensiangan berkata, masyarakat perlu mempelajar­i ilmu kemahiran yang ada untuk melengkapk­an diri bagi meningkatk­an taraf hidup.

Katanya, pelbagai kemudahan telah disediakan oleh kerajaan kepada masyarakat dan mereka perlu berusaha untuk mendapatka­nnya.

“Pendidikan merupakan harta yang paling berharga untuk masa depan anakanak kita yang merupakan pewaris negara. Ilmu yang diperolehi dapat digunakan bagi mencorakka­n masa hadapan mereka.

“Justeru, kita perlu berbangga kerana anakanak kita di kawasan Parlimen Pensiangan telah berjaya dan mampu bersaing dengan pelajar di luar sana,” katanya.

Kurup menyeru agar masyarakat terus memberi sokongan yang padu kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) kerana telah terbukti selama ini banyak pembanguna­n yang dinikmati oleh masyarakat di sini yang disalurkan melalui BN.

Turut hadir di program itu ialah Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Sabah Delin Liet Blaun, Timbalan Presiden Parti BersatuRak­yatSabah(PBRS) Arthur Joseph Kurup, Pengerusi KRT Henson Galiwas dan Pengerusi Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung Ganio Don.

 ??  ?? KURUP serta para pegawai kerajaan dan pemimpin bergambar dengan sebahagian penduduk yang hadir.
KURUP serta para pegawai kerajaan dan pemimpin bergambar dengan sebahagian penduduk yang hadir.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia