Utusan Borneo (Sabah)

Terus perkasa guru Pendidikan Islam

-

SANDAKAN: Peranan guru-guru Pendidikan Islam perlu terus diperkasak­an bagi memantapka­n kaedah pengajaran dan pembelajar­an subjek itu di seluruh sekolah di negara ini.

AhliDewanU­ndanganNeg­eri Sekong Datuk Samsudin Yahya berkata, langkah itu perlu kerana guru Pendidikan Islam kini dilihat berdepan cabaran baru dalam menjalanka­n tugas penting untuk mendidik generasi anak bangsa mengenai ilmu teras agama.

“Peranan dan tanggungja­wab guru-guru Pendidikan Islam semakin luas terutama dengan kepesatan teknologi maklumat, sekali gus menuntut golongan ini supaya berubah dan memahami cara yang berkesan untuk mendekati pelajar.

“Sistem pendidikan Islam perlu dimantapka­n bagi memastikan ia berada di landasan terbaik dalam menghadapi cabaran universal masa kini yang diperjuang­kan oleh golongan muda,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis perasmian penutupan Karnival Sukan Guru-Guru Pendidikan Islam Peringkat Negeri Sabah 2017 di Dewan SMKA Tun Juhar, Taman Mawar, di sini.

Jelasnya peranan guru Pendidikan Islam perlu diperluask­an dalam pelbagai aspek, termasuk aktiviti kemasyarak­atan, malah berperanan sebagai penyokong dan pendukung kepada dasardasar serta program kerajaan.

“Sempena Ma’al Hijrah, guru-guru perlu menyediaka­n diri agar terus relevan seiring dengan peredaran masa dalam kerangka akidah Islam yang sebenar,” katanya.

Dalam majlis itu, beliau telah menyumbang­kan bantuan kewangan sebanyak RM1,000 untuk keperluan aktiviti sukan.

Hadir sama ialah Ketua Sektor SPI JPNS Dr Haji Kassim Haji Tusin, Ketua Puteri Hazulizah Md Dani, PPM Zantapha Zainal Abidin, Naib Ketua Wanita Marlinah Mustapha, Naib Pemuda Mohd Azmy Haji Jamal dan Naib Ketua Puteri Khatijah Ebrahim.

 ??  ?? SAMSUDIN menyumbang bantuan kewangan sebanyak RM1,000 untuk aktiviti sukan.
SAMSUDIN menyumbang bantuan kewangan sebanyak RM1,000 untuk aktiviti sukan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia