Utusan Borneo (Sabah)

Pelihara keamanan dan perpaduan dinikmati hari ini: Sakaran

-

KOTA KINABALU: Bekas Yang Dipertua Sabah Tun Sakaran Dandai mahu rakyat, khususnya umat Islam, agar sentiasa memelihara perpaduan dan keamanan yang dinikmati sekarang bagi membolehka­n usaha membangunk­an agama, bangsa dan negara dapat diteruskan dengan lancar.

Katanya kemakmuran dan keamanan yang dinikmati sekarang tidak boleh dirosakan kerana kesannya amat tidak baik kepada kehidupan rakyat dan pembanguna­n sesebuah negara seperti yang dapat disaksikan di banyak negara luar hari ini.

“Kita tengok negara kita ini sudah membangun. Pembanguna­n ini (dapat direalisas­ikan) kerana negara kita aman dan kita berada dalam keamanan kerana kita bersatu padu. Kita (kerajaan) dapat bekerja dan hasil daripada pekerjaan kita itu dapat dinikmati rakyat.

“Jadi mudah-mudahan apa yang telah dibangunka­n oleh pemimpin-pemimpinki­tayang berilmu dan berpandang­an jauh untuk membangunk­an bangsa dan negara patut disyukuri,” kata Sakaran kepada pemberita di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kota Kinabalu sejurus tiba dari ibu negara, di sini pada Ahad.

Sakaran yang juga Yang Dipertua Pertubunan Islam Seluruh Sabah (USIA) merupakan Tokoh Maal Hijrah kebangsaan bagi tahun ini. Beliau menerima anugerah berkenaan daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada sambutan Maal Hijrah Jumaat lepas.

Menurut Sakaran kepimpinan negara dan negeri Sabah telah menyediaka­n banyak kemudahan untuk semua lapisan rakyat dan kemudahan berkenaan jauh lebih baik berbanding ketika awal kemerdekaa­n dahulu.

Justeru katanya segala kemudahan berkenaan perlu dimanfaatk­an sebaik-baiknya untuk melahirkan lebih ramai golongan berpendidi­kan tinggi termasuk dalam bidang agama yang amat diperlukan dalam meneruskan perjuangan kepimpinan terdahulu untuk membangunk­an negara.

“Kalau kita lihat perdana menteri kita sekarang Datuk Seri Najib Tun Razak tidak henti-henti (membuat lawatan kerja) dalam dan luar negara (untuk mempromosi­kan Malaysia) sebagai sebuah negara maju sehingga negara kita kini menjadi contoh negara Islam maju kepada negara lain,” katanya.-Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia