Utusan Borneo (Sabah)

Masa depan anak muda jadi keutamaan kerajaan

- Oleh NOORASVILL­A MUHAMMA

SANDAKAN: Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Raymond Tan Shu Kiah berkata masa depan anak muda terus menjadi keutamaan kerajaan.

Beliau yang juga Menteri Pembanguna­nPerindust­rian berkata, untuk itu, aspirasi Transforma­si Nasional 2050 (TN50) yang dicetuskan oleh Perdana Menteri merupakan satu usaha ke arah merealisas­ikan hasrat golongan belia sepanjang masa.

“Kita juga terus memperheba­t golongan muda termasuk dalam bidang pendidikan, peluang pekerjaan dan kemahiran.

“Sebab itu, kestabilan politik berdasarka­n perjuangan rakyat penting selain mempunyai perancanga­n terbaik untuk keseluruha­nnya demi kesejahter­aan rakyat termasuk belia,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan Cawangan Parti Gerakan Rakyat Malaysia (PGRM) Bahagian Tanjung Papat, di sini pada Ahad.

Raymond yang juga Adun Tanjung Papat berkata, politik yang mementingk­an masa depan negara dan rakyat adalah yang terbaik berbanding politik yang suka berbalah, menuding jari dan seterusnya tiada perancanga­n untuk rakyat.

Jelasnya, amat penting untuk berpolitik ke arah kebaikan dan pembanguna­n negara berbanding politik yang tidak matang dan hanya untuk diri sendiri sahaja.

Kira-kira 450 ahli PGRM dari cawangan-cawangan sekitar Tanjung Papat hadir ke mesyuarat itu.

Mengulasla­njut,Raymond berkata, kerjasama semua amat pihak penting dalam memastikan generasi muda terus berada pada tahap terbaik.

Beliau berharap golongan muda juga akan terus komited menggalas aspirasi negara dan berjaya dalam apa sahaja bidang yang disediakan untuk mereka.

Hadir sama, Pegawai Pembanguna­n Masyarakat Tanjung Papat Wong Chee Kiat, Exco Pemuda PGRM Pusat Alex Lee Nam dan Ketua Wanita Parti Gerakan Sabah Lily Aw Lai Kheng.

 ??  ?? RAYMOND menyampaik­an ucapan pada Mesyuarat Agung Tahunan Cawangan PGRM Bahagian Tanjung Papat.
RAYMOND menyampaik­an ucapan pada Mesyuarat Agung Tahunan Cawangan PGRM Bahagian Tanjung Papat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia