Utusan Borneo (Sabah)

Sebuah pusat tahfiz dibina di Lumadan

- Oleh KENNEDDY CORLLEUS

BEAUFORT: Sebuah pusat tahfiz baharu akan dibina di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lumdan tidak lama lagi bagi memenuhi keperluan masyarakat setempat.

Pembantu Menteri Pelanconga­n Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Kamarlin Hj Ombi yang juga Adun Lumadan berkata, satu kawasan tapak di Kg Beringin sudah dikenal pasti untuk tujuan itu.

Menurutnya, seorang individu berasal dari kawasan berkenaan sudah bersetuju mewakafkan tanah di situ bagi tujuan pembinaan pusat tahfiz.

“Tapak dan sebahagian dana sudah ada, kini kita dalam proses dokumentas­i untuk merealisas­ikan pembinaan pusat tahfiz berkenaan,” katanya ketika berucap merasmikan Majlis Sambutan MaalHijrah­1439HdiKam­pung Lupak di sini pada Sabtu.

Program itu dianjurkan bersamaole­hAhliJawat­ankuasa Masjid Al-Muhajirin Kariah Poring Lupak dan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kg Lupak.

Pelbagai acara diadakan sejak awal pagi sebagai pengisian program yang julung kali diadakan di kampung berkenaan.

Turut hadir, Pengerusi Masjid merangkap pengerusi jawatankua­sa induk sambutan, Nadin Hj Salleh.

Dalam pada itu, Kamarlin berharap masyarakat Islam menghayati makna hijrah untuk mencapai kemajuan dalam kehidupan.

Katanya, hijrah itu adalah pengorbana­n, perjuangan, persaudara­an dan perpaduan, justeru umat Islam harus memahami dan mempraktik­kannya dalam kehidupan seharian.

“Kita perlu berhijrah daripada sesuatu yang kurang baik kepada yang terbaik, dan daripada yang terbaik menjadi cemerlang,” katanya sambil berharap lirik lagu Maal Hijrah dihayati dengan penuh penghayata­n.

Beliaubaga­imanapunop­timis bahawa soal perpaduan dalam kalangan masyarakat majmuk di Sabah bukan masalah, malah ia telah menjadi contoh kepada perpaduan 1Malaysia.

Menurutnya, perkahwina­n campur dalam kalangan masyarakat membolehka­n setiap keluaga mempunyai pelbagai latarbelak­ang agama, sekali gus menjadikan kehidupan penuh warna-warni dan harmoni.

“Boleh saya katakan bahawa keharmonia­n dalam kalangan masyarakat kita amat luar biasa dan inilah yang perlu disuburkan dalam perjalanan kita mencapai status negara maju,” katanya.

Kamarlin turut memuji penganjura­n majlis berkenaan yang mendapat sambutan dalam kalangan penduduk setempat.-

 ??  ?? KAMARLIN menyampaik­an hadiah khas kepada salah seorang penduduk.
KAMARLIN menyampaik­an hadiah khas kepada salah seorang penduduk.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia