Utusan Borneo (Sabah)

Jaga kebersihan rumah, kampung

Elak pembiakan nyamuk Aedes dan cegah demam denggi

-

TAWAU: Isu kebersihan persekitar­an rumah dan kampung perlu ditangani secara bersama untuk menjamin persekitar­an bebas daripada pembiakan nyamuk Aedes, seterusnya dapat mencegah demam denggi.

Pembantu Menteri Pembanguna­n Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Datuk Hamisa Samat berkata, masalah kebersihan tidak akan selesai atau berjaya sekiranya hanya kelompok atau individu sahaja yang menjaga kebersihan halaman dan rumah mereka.

Sebaliknya,masyarakat­perlu bersatu hati membersihk­an kawasan rumah masing- masing agar serangan demam denggi tidak berlaku.

“Sekiranya rumah kita sahaja bersih, tetapi rumah jiran kita tidak bersih, nyamuk Aedes dari kawasan itu boleh menggigit kita. Sebab itu, semua pihak perlu pikul tanggungja­wab ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Program Gotong Royong Bersama Masyarakat anjuran Ketua Kampung dan JKKK Tg Batu Laut bersama Jabatan Kesihatan Daerah Tawau di Kampung Tg Batu Laut, di

“Sekiranya rumah kita sahaja bersih, tetapi rumah jiran kita tidak bersih, nyamuk Aedes dari kawasan itu boleh menggigit kita. Sebab itu, semua pihak perlu pikul tanggungja­wab ini ”

sini pada Sabtu.

Justeru katanya, kerajaan meminta kerjasama masyarakat membersihk­an rumah masing-masing dan menghapusk­an tempat

DATUK HAMISA SAMAT

Pembantu Menteri Pembanguna­n Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat

pembiakan Aedes di sekitar rumah dan di dalam rumah masing-masing.

Menurutnya, majoriti masyarakat sedar bahaya denggi,namundarip­adaaspek menjaga kebersihan masih tidak memuaskan kerana banyak tempat berpotensi sebagai tempat pembiakan Aedes dijumpai setiap kali pemeriksaa­n dijalankan.

“Demam denggi dapat dielak dan dikawal jika masyarakat benar-benar mengamalka­n kebersihan dan pencegahan dengan mematuhi kempen dilakukan Jabatan Kesihatan,” katanya.

Hamisa berkata, masyarakat seharusnya peka terhadap keadaan sekeliling rumah masing-masing bagi mengelak berlakunya kes demam denggi dan tidak mengambil mudah kawasan takungan air yang menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes.

‘’Langkah terbaik menangani kes demam denggi secara berkesan adalah dengan menghapusk­an tempat pembiakan nyamuk itu secara berkala di samping membuat pemeriksaa­n rumah secara mingguan,” katanya.

 ??  ?? HAMISA bersama penduduk kampung.
HAMISA bersama penduduk kampung.
 ??  ?? GOTONG royong bersama penduduk kampung.
GOTONG royong bersama penduduk kampung.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia