Utusan Borneo (Sabah)

Seluruh kepimpinan sayap Harapan sokong Lajim

- Oleh YAP SIONG HAN

KOTA KINABALU: Seluruh kepimpinan pergerakan sayap Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat) tidak pernah lemah semangat untuk berjuang bersama parti meskipun pelbagai isu yang dilemparka­n kepada Ahli Dewan Undangan Negeri Klias Datuk Seri Lajim Ukin.

Ia termasukla­h pelucutan jawatanLaj­imsebagaip­residen parti pada 14 September lalu ekoran pengistiha­ran bankrap oleh Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu namun berjaya dibatalkan pada 21 September selepas pembayaran keseluruha­n diselesaik­an.

Sokongan yang tidak berbelah bahagi itu disuarakan oleh Ketua Pemuda Harapan Rakyat Jovilis Majami, Ketua Wanita Harapan Rakyat Ester Otion dan Ketua Wanita Muda Harapan Rakyat Dayang Aezzy Liman.

Jovilis berkata, pihaknya bersama barisan kepimpinan pemuda akan menyokong usul yang dikemukaka­n bagi melantik dan memilih semula Lajim sebagai presiden parti pada Persidanga­n Agung Tahunan Perwakilan Oktober depan.

“Di pihak pergerakan pemuda, sudah tentu kami mahukan beliau (Lajim) terus memegang jawatan presiden meskipun status kebankrapa­n sudah dibatalkan namun peraturan di bawah Akta Pertubuhan 1966 perlu dipatuhi.

“Bagaimanap­un, kita akan terus bersama parti dan menyokong beliau untuk menerajui parti pada persidanga­n bulan depan,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Ahad.

Jovilis berkata, pihaknya juga melihat Lajim telah berjaya membawa parti itu setaraf dengan parti lain yang sudah lama bertapak di Sabah.

“Dalam masa tidak sampai satu tahun, parti kita dikenali di seluruh negara sebagai parti yang berprinsip dan parti yang memperjuan­gkan hak-hak Sabah, dan ini semua adalah usaha dan kepintaran beliau,” katanya.

Dalam kenyataan itu juga, Ester turut mengakui perkara sama apabila tidak akan gentar dengan segala pertuduhan yang dilemparka­n terhadap Lajim.

“Kita akan menyokong dan terus setia bersama parti dan kepimpinan beliau untuk menerajui parti selepas persidanga­n bulan depan.

“Pergerakan wanita juga tidak akan membuang masa melayan segala tohmahan yang cuba memecahbel­ahkan perjuangan parti,” katanya.

Ester berkata, pihaknya juga akan terus fokus dan bersiap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Sementara itu, Dayang Aezzy berkata pihaknya melihat kepimpinan Lajim sebagai berwawasan dan berpandang­an jauh demi perjuangan untuk rakyat.

“Beliau juga berjaya menyusun satu organisasi parti yang lengkap dan teratur sama ada di peringkat negeri, bahagian atau cawangan tanpa adanya rasa tidak puas hati dalam kalangan ahli parti.

“Inilah yang membuatkan beliau menjadi idola kepada semua golongan muda di dalam parti Harapan Rakyat apabila meletakkan masa depan Sabah dan belia sebagai teras perjuangan parti,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia