Utusan Borneo (Sabah)

Hormati pendirian Malaysia

Berhubung isu kemanusiaa­n di peringkat antarabang­sa

-

PORTDICKSO­N:Pendirian Malaysia berhubung isu kemanusiaa­n di peringkat antarabang­sa perlu dihormati, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata sehubungan itu, rakyat Malaysia harus berterima kasih terhadap sikap tegas dan keprihatin­an Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berikutan kelantanga­nnya membawa isu itu di peringkat dunia.

“Datuk Seri Najib dalam lawatan kerjanya bertemu Presiden Amerika Syarikat Donald Trump di White House baru-baru ini, beliau telah berikan komitmen untuk perjuangka­n nasib etnik Rohingya, ia bukan disebabkan agama tetapi disebabkan kemanusiaa­n.

“Selain itu, pada Sabtu, Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman dalam Persidanga­n Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu juga menyatakan perkara sama... dan tiga hari lepas semasa berada di Manila, saya juga turut menyuaraka­n pandangan sama malah pendirian saya lebih tegas kerana etnik Rohingya mereka juga manusia seperti kita, mereka bukan binatang dan mereka patut dibela,” katanya dalam ucapan ketika majlis perasmian Program Ekspresi Negaraku peringkat negeri di sini, Pada Ahad.

Turut hadir, Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak dan Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan.

Justeru, Ahmad Zahid berkata masyarakat juga harus mengenepik­an sebarang perbezaan pendapat memandangk­an isu kemanusiaa­n merupakan soal sejagat, demi bangsa dan negara.

Dalam perkembang­an lain, Ahmad Zahid sekali lagi menegaskan segala usaha yang dilakukan kerajaan persekutua­n dan negeri adalah demi kesejahter­aan generasi sekarang termasuk generasi akan datang.

Mengambil contoh isu kesihatan, beliau berkata kerajaan telah membelanja­kan sejumlah wang yang banyak demi memastikan kesihatan rakyat Malaysia berada pada tahap yang baik.

“Sebuah negara yang menuju ke arah negara maju seperti Malaysia, Datuk Seri Najib telah letakkan asas dan acuan berhubung perbelanja­an kesihatan rakyatnya... mana ada orang pergi hospital bayar RM1 ditambah lagi apabila isteri bersalin dikenakan bayaran yang rendah berbanding hospital swasta.

“Di peringkat negeri pula, kerajaan Negeri Sembilan telah menjadi antara negeri yang berjaya sediakan (dasar) perumahan rakyat yang terbaik,” katanya.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata rakyat hari ini mahu melihat apa yang dilakukan kerajaan dan bukannya hanya berpidato dan berretorik dengan perkataan indah sematamata.-Bernama

“Datuk Seri Najib dalam lawatan kerjanya bertemu Presiden Amerika Syarikat Donald Trump di White House baru-baru ini, beliau telah berikan komitmen untuk perjuangka­n nasib etnik Rohingya, ia bukan disebabkan agama tetapi disebabkan kemanusiaa­n DATUK SERI DRAHMAD ZAHID HAMIDI Timbalan Perdana Menteri

 ??  ?? TIMBALAN Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menunjukka­n poster National Innovation and Creative Economy 2017 (NIC 2017) sempena pelancaran Program Ekspresi Negaraku di Dataran Seri Kemang, Teluk Kemang pada Ahad. Turut hadir Menteri...
TIMBALAN Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menunjukka­n poster National Innovation and Creative Economy 2017 (NIC 2017) sempena pelancaran Program Ekspresi Negaraku di Dataran Seri Kemang, Teluk Kemang pada Ahad. Turut hadir Menteri...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia