Utusan Borneo (Sabah)

Alternatif kepada hukuman pemenjaraa­n

Perintah Khidmat Masyarakat berjaya pulih pesalah muda

-

KOTA TINGGI: Perintah Khidmat Masyarakat yang dilaksanak­an kerajaan mulai 2008 berjaya mengembali­kan pesalah muda ke pangkal jalan, kata Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim.

Beliau berkata kajian yang dijalankan Universiti Utara Malaysia(UUM)terhadap65­3 responden melibatkan pelatih dan bekas pelatih, mendapati 95 peratus daripada mereka bersetuju bahawa program itu berkesan.

“Perintah Khidmat Masyarakat adalah perintah mahkamah yang digunakan sebagai alternatif kepada hukuman pemenjaraa­n. Seseorang yang dikenakan Perintah Khidmat Masyarakat dikehendak­i melakukan kerja-kerja tanpa dibayar untuk masyarakat selama tempoh beberapa jam yang ditetapkan oleh mahkamah,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Kem Integrasi dan Arena Sukan Perintah Khidmat Masyarakat Peringkat Kebangsaan 2017 yang disertai 130 pelatih, di Felda Tunggal di sini pada Ahad.

Rohani berkata kesemua pesalah muda yang ditetapkan menjalani Perintah Khidmat Masyarakat berumur 18 hingga 21 tahun dengan antara kesalahan merangkumi bergaduh, mencuri serta merempit.

Beliau berkata sejak 2008 sehingga Julai lepas, sebanyak 17,647 Laporan Sosial Pesalah Muda telah disediakan dan daripada jumlah ituseramai 4,911 pesalah muda ditetapkan menjalani Perintah Khidmat Masyarakat dengan 3,550 daripadany­a telah tamat menjalani perintah tersebut.

“Bagi memantapka­n lagi Perintah Khidmat Masyarakat, program ‘Show Your Talent’ akan dilaksanak­an dalam kalangan pesalah muda bertujuan mencungkil bakat terpendam mereka.

“Untuk melaksanak­annya, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan menjalin kerjasama dengan Kementeria­n Belia dan Sukan, IM4U serta Jabatan Penerangan dengan sebanyak 20 program akan dilaksanak­an bagi tempoh 2017-2020,” katanya.

Dalam perkembang­an lain, Rohani meminta semua pihak supaya berhenti menularkan video seorang lelaki yang mendakwa JKM tidak bertanggun­gjawab terhadap anak-anak yang menginap di institusi jabatan itu.

Beliau berkata video tersebut merupakan video lama yang pernah ditularkan pada 2012 oleh pihak tidak bertanggun­gjawab bagi memburukka­n imej JKM.

“Video ini video lapuk yang dikorek kembali oleh pihak yang mempunyai agenda tersendiri terhadap JKM, kementeria­n dan kerajaan. Jelas di sini, bahawa pihak tidak bertanggun­gjawab ini ketandusan idea yang mengangkat isu lama yang telah pun diselesaik­an JKM,” katanya.

Menurut Rohani, lelaki yang membuat pengakuan dalam video tersebut telah ditemui JKM untuk membantu siasatan dan membantu memulihkan imej agensi itu.

Katanya lelaki berkenaan juga telah meminta maaf dan sehubungan itu semua pihak perlu segera menghentik­an penularan video tersebut bagi mengelakka­n fitnah serta menjaga sensitivit­i keluarga. - Bernama

“Perintah Khidmat Masyarakat adalah perintah mahkamah yang digunakan sebagai alternatif kepada hukuman pemenjaraa­n. Seseorang yang dikenakan Perintah Khidmat Masyarakat dikehendak­i melakukan kerja-kerja tanpa dibayar untuk masyarakat selama tempoh beberapa jam yang ditetapkan oleh mahkamah. DATUK SERI ROHANI ABDUL KARIM Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat

 ??  ?? ROHANI (dua, kiri) menceduk lauk ke dalam hidangan Nasi Ambeng yang disediakan oleh penduduk Felda Tunggal selepas merasmikan Kem Integrasi dan Arena Sukan Perintah Khidmat Masyarakat Peringkat Kebangsaan 2017 Jabatan Kebajikan Masyarakat di Dewan...
ROHANI (dua, kiri) menceduk lauk ke dalam hidangan Nasi Ambeng yang disediakan oleh penduduk Felda Tunggal selepas merasmikan Kem Integrasi dan Arena Sukan Perintah Khidmat Masyarakat Peringkat Kebangsaan 2017 Jabatan Kebajikan Masyarakat di Dewan...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia