Utusan Borneo (Sabah)

Deruman ratusan motosikal ’gegarkan’ bandar raya Ipoh

-

IPOH: Deruman enjin motosikal pelbagai jenis menggegark­an bandar raya Ipoh pada Ahad apabila 250 motosikal pelbagai jenis menyertai Konvoi Amal Motosikal Klasik “The Distinguis­hed Gentlemen’s Ride”.

Antara motosikal yang menyertai konvoi itu ialah Triumph, BSA M20, Harley Davidson, Vespa Lv 150 dan Chopper.

Konvoi anjuran bersama Throttle Riot dan Perak British Classic Motocycle Club itu pertama kali diadakan di Perak dan berlangsun­g serentak di 600 buah negara di seluruh dunia bertujuan mengutip dana untuk pesakit kanser prostat.

Penyelaras program Ezzad Elias berkata seramai 300 peserta mengambil bahagian dalam konvoi yang mengelilin­gi bandar raya Ipoh itu melibatkan jarak 23 kilometer.

“Peserta akan berhenti di empat hentian iaitu Taman Rekreasi Gunung Lang, Karat Cafe, Stesen Keretapi Tanah Melayu Ipoh dan Hotel Mroof untuk mengutip dana dan memberi kesedaran kepada orang ramai tentang bahaya kanser prostat,” katanya kepada pemberita di sini.

Ezzad berkata pihaknya menjangkak­an sekurang-kurangnya lebih RM60,000 dapat dikutip hasil sumbangan para peserta dan orang ramai sepanjang konvoi berlangsun­g.

Katanya sumbangan yang dikumpulka­n itu akan diserahkan kepada sebuah yayasan di Australia yang bertanggun­jawab membantu pesakit kanser prostat selain melakukan kajian untuk mencari penawar penyakit tersebut.

“RM60,000 yang kita sasarkan itu turut termasuk jumlah dana yang telah disalurkan para peserta dan orang ramai sebelum ini secara dalam talian di laman web rasmi “The Distinguis­hed Gentlemen’s Ride”,” katanya.

Beliau berkata penganjura­n program itu juga dapat mempromosi­kan Tahun Melawat Perak2017s­ertaberhar­apiadijadi­kan acara tahunan di Ipoh kerana sambutan yang menggalakk­an.

Seorang peserta, Azli Mohd Rashid, 49 berkata penganjura­n program seumpama itu wajar diberikan pujian kerana ia merupakan antara pendekatan alternatif untuk memberi kefahaman kepada orang ramai berkaitan penyakit kanser prostat.

Katanya demi menyokong penganjura­n program itu, dia bersama 10 rakan sanggup datang dari Selangor dengan rata-rata daripada mereka menunggang motosikal klasik buatan Britain yang dihasilkan semasa Perang Dunia Kedua.

“Ini konvoi kali ketiga yang saya sertai selepas Kuala Lumpur dan Pulau Pinang. Kami juga tak kisah meredah beratus kilometer dengan hanya menunggang motosikal klasik demi menyokong penganjura­n program ini,” katanya.

Selain itu, Azli berkata program tersebut juga dilihat sebagai platform dalam merapatkan hubungan sesama pencinta motosikal klasik.

Bagi Hamimah Majid, 40, meskipun kanser prostat dihidapi oleh kaum lelaki, ia bukan kekangan kaum wanita untuk sama-sama membantu memberi kefahaman kepada masyarakat tentang penyakit itu.

Ibu kepada seorang cahaya mata itu juga memberitah­u konvoi tersebut agak unik kerana ia memerlukan setiap peserta tampil berpakaian kemas bersesuaia­n dengan tema yang dianjurkan.

“Ia nampak unik (pakaian) dan secara tak langsung orang ramai yang lihat akan tertarik untuk tahu, apa sebenarnya tujuan konvoi ini diadakan di Ipoh,” katanya. - Bernama

 ??  ?? PARA peserta yang menyertai konvoi bermotosik­al klasik pada Program Konvoi Amal Klasik ‘The Distinguis­hed Gentelmen’s Ride’ di Bulatan Amanjaya pada Ahad. Seramai 300 peserta melibatkan 250 motosikal pelbagai jenis menyertai konvoi tersebut bertujuan...
PARA peserta yang menyertai konvoi bermotosik­al klasik pada Program Konvoi Amal Klasik ‘The Distinguis­hed Gentelmen’s Ride’ di Bulatan Amanjaya pada Ahad. Seramai 300 peserta melibatkan 250 motosikal pelbagai jenis menyertai konvoi tersebut bertujuan...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia