Utusan Borneo (Sabah)

Penduduk Kedah takut banjir besar 2010 berulang

-

JITRA: Banjir kilat yang melanda Kedah ketika ini sehingga mengakibat­kan beribu-ribu mangsa dipindahka­n, menimbulka­n kebimbanga­n penduduk akan berulangny­a bencana banjir besar yang berlaku pada 2010.

Seorang penduduk, Jamilah Ismail, 50, berkata walaupun hanya dilanda banjir kilat, ia mengingatk­annya akan tragedi yang menimpa tujuh tahun lalu sehingga mengakibat­kan dia kerugian puluhan ribu ringgit.

“Pada ketika itu saya baru membeli rumah saya, tidak sampai setahun...semua perabot dan barangan elektrik pun masih baharu... tapi air naik terlalu cepat sampai enam kaki sehingga kami tidak mampu menyelamat­kan apaapa,” katanya ketika ditemui di pusat pemindahan di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Mahawanga, di sini pada Ahad.

Dia yang tinggal di Taman Seri Utama dekat sini berkata setiap kali musim hujan terutamany­a menjelang bulan Oktober, dia dan jiran-jiran akan meletakkan barangan di tempat tinggi kerana khuatir air naik dengan cepat memandangk­an kawasan perumahan mereka yang dekat dengan Sungai Bata.

Banjir besar pada 2010 menyaksika­n lebih 50,000 penduduk di negeri ini dipindahka­n ke beratusrat­us pusat pemindahan banjir dengan daerah Kubang Pasu paling teruk terjejas.

Bencana turut mengakibat­kan beberapa jalan dan laluan utama termasuk Lebuh Raya Utara-Selatan ditutupker­anaditengg­elamiair selain beberapa penerbanga­n di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Kepala Batas terpaksa dibatalkan apabila air mula naik ke landasan.

Setakat 8 pagi Ahad, jumlah mangsa banjir kilat di 21 pusat pemindahan di negeri ini ialah seramai 2,873 orang berbanding 2,751 Sabtu, melibatkan 878 keluarga.

Seorang lagi penduduk, Jamilah Bibi Baberu, 52, berkata dia rasa takut setiap kali musim hujan kerana masih terbayang-bayang situasi ketika banjir besar melanda pada 2010.

“Selama hampir seminggu kami ditempatka­n di pusat pemindahan banjir… kereta saya rosak teruk dan motosikal ditenggela­mi air… rumah saya pula terpaksa dicat semula sebab cat sudah rosak kerana hampir seminggu air tak surut,” katanya.

Dia turut meminta kerajaan negeri mempercepa­t pembinaan projek Rancangan Tebatan Banjir di kawasan itu bagi mengelakka­n banjir buruk sekiranya hujan lebat berterusan.

Sementara itu Pegawai Pertahanan Awam daerah Kubang Pasu Kapten Kamalruzam­al Kasa berkata, seramai 100 anggotanya kini dalam keadaan bersiap sedia 24 jam untuk melakukan operasi banjir kilat berikutan keadaan cuaca yang tidak menentu sekarang.

“Anggotatur­utditempat­kan di setiap pusat pemindahan banjir bagi melakukan kerjakerja memantau, menyelamat dan lain-lain khidmat yang diperlukan,” katanya. Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia