Utusan Borneo (Sabah)

Murid terjejas banjir boleh pakai baju biasa ke sekolah

-

KANGAR: Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perlis memberi kelonggara­n kepada pelajar yang terjejas banjir untuk datang ke sekolah hari ini dengan berpakaian biasa.

JPN dalam kenyataan pada Ahad turut menasihatk­an kepada ibu bapa di kawasan yang terlibat banjir agar memastikan anak-anak mereka hadir ke sekolah.

“Begitu juga dengan alat tulis atau buku yang rosak, mereka tidak perlu bimbang sebaliknya apa yang perlu, pelajar berkenaan hadir ke sekolah seperti biasa esok (hari ini),” kata kenyataan itu.

Sementara itu, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) menasihatk­an orang ramai terutamany­a kanak-kanak agar tidak bermain di tebing lima batang sungai kerana airnya deras.

Sungai berkenaan ialah Sungai Korok, Sungai Abi, Sungai Santan, terusan Lencongan Utara dan Sungai Perlis.

JPS memaklumka­n hujan lebat yang turun di negeri ini sekarang menyebabka­n paras air di Empangan Timah Tasoh di Beseri dekat sini malam Sabtu meningkat kepada 29.91 meter iaitu pada paras bahaya.

Berikutan itu, pihak JPS terpaksa melepaskan air dari empangan terbabit untuk menurunkan paras air di dalamnya ke paras normal, menyebabka­n aliran air deras masuk di kelima-lima sungai berkenaan.

“Justeru, ibu bapa dinasihatk­an agar mengawasi anak-anak mereka tidak bermain di kawasan tebing-tebing sungai terbabit bagi mengelak berlaku kejadian yang tidak diingini,” tambah kenyataan itu. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia