Utusan Borneo (Sabah)

Memperkasa wanita Kemboja

-

KEDAIFAN hidup di luar bandar Kemboja memaksa ramai wanita muda daripada keluarga miskin tegar mencari pekerjaan di luar negara hingga kebanyakan­nya akhirnya menjadi mangsa pemerdagan­gan manusia, serangan seksual dan buruh paksa.

Ketika Yayasan Maybank mewujudkan pusat latihan menenun sutera pertamanya di wilayah Takeo, matlamat utamanya untuk mewujudkan peluang perniagaan bagi golongan wanita tempatan agar tidak lagi menjadi mangsa keadaan.

Program Maybank Women Eco Weavers menyediaka­n latihan vokasional dalam menenun sutera dan pelbagai peluang pekerjaan lain untuk wanita luar bandar agar mampu mencari rezeki dengan selamat sekali gus bebas kemiskinan.

Usaha itu secara tidak langsung turut membuahkan faedah.

Kaum wanita di luar bandar Kemboja lazimnya tidak dibenarkan bersekolah dan seterusnya dinafikan hak untuk membuat keputusan dalam keluarga.

Budaya mereka mengutamak­an kepentinga­n bapa, suami atau ahli keluarga lelaki yang lain, kata pengarah merangkap pengasas NGO Color Silk Ngorn Vanntha.

Anak perempuan biasanya dipaksa berhenti sekolah dan bekerja di kilang untuk menampung pendapatan keluarga, manakala anak lelaki digalak melanjutka­n pelajaran.

Program Eco Weavers memberi peluang kepada gadis untuk terus bersekolah dengan membolehka­n mereka meraih pendapatan dengan bekerja di pusat tenunan itu pada hujung minggu.

Pusat membayar antara AS$30 dan AS$40 ketika fasa latihan vokasional supaya keluarga mereka lebih cenderung membenarka­n anak gadis masing-masing menyertain­ya.

“Mereka boleh mencari rezeki, terus bersekolah dan menjaga keluarga pada masa yang sama,” kata Vanntha, yang mana NGOnya bekerjasam­a dengan Yayasan Maybank untuk menubuhkan Pusat Latihan Tenunan Sutera Maybank di wilayah Takeo.

Ditanya sama ada gadisgadis itu dibenarkan mengambil sedikit pendapatan yang diperoleh, Vanntha berkata, biasanya mereka akan menyerahka­n gaji kepada keluarga masing-masing.

“Sekurang-kurangnya peluang ini membolehka­n mereka terus tinggal dalam komuniti sendiri, mendapat pendidikan dan bekerja dalam persekitar­an selamat,” katanya.

CALON TERPILIH

Pusat itu menerima gadis berusia lebih 15 tahun, tetapi ada golongan lebih muda yang merayu untuk menyertain­ya.

“Keluarga memaksa mereka supaya berhenti sekolah dan bekerja di kilang, tetapi mereka enggan kerana mahu terus belajar dan tinggal dekat dengan keluarga,” jelas Vanntha.

“Mereka meminta kami menemui ibu bapa mereka dan menjelaska­n peluang yang ditawarkan pusat itu, namun sesetengah ibu bapa tidak membenarka­n anak mereka bekerja di pusat itu walaupun latihan diberikan percuma,” katanya.

Gadis untuk program itu dipilih melalui temu bual dan lawatan ke rumah, kebanyakan­nya daripada keluarga miskin tegar, dipaksa berhenti sekolah dan kemungkina­n berhijrah untuk mencari pekerjaan.

Pusat itu, 65 kilometer dari Phnom Penh, dirasmikan pada 1 Ogos.

Vanntha sendiri memulakan usaha membantu wanita Kemboja mencari pendapatan melalui tenunan sutera sejak 2009 melalui Color Silk, namun pada skala kecil sebelum berkembang mendadak apabila NGOnya bergabung dengan Yayasan Maybank pada 2015.

“Uniknya pusat latihan Maybank ini, ia menyediaka­n latihan lengkap bagi mereka yang langsung tiada pengalaman malah selepas menamatkan pengajian, set lengkap alat tenunan disediakan secara percuma kepada penenun bagi memudahkan mereka mencari pendapatan dari rumah,” katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Maybank Shahril Azuar Jimin berkata, kerjasama dengan Color Silk juga membolehka­n Maybank membantu dalam program penternaka­n ulat sutera melibatkan 140 keluarga.

“Mereka menanam 21,000 pokok mulberi sebagai sumber makanan utama ulat sutera, yang mampu menghasilk­an kepompong berkualiti tinggi dan bahan penting untuk sutera emas Kemboja yang amat berkualiti.

“Hari ini, sudah ada impak nyata di mana ramai penenun keluaran pusat itu mampu meraih pendapatan antara AS$150 hingga AS$200 sebulan, malah kebanyakan petani meraih hasil tanaman daun mulberi mereka,” katanya.

Sutera emas Kemboja terkenal dengan benang kekuningan dengan kilauan semula jadi.

Ulat sutera emas yang dipelihara di sini juga unik bagi Kemboja.

“Kami hanya menggunaka­n pewarna semula jadi untuk menghasilk­an warna lain, tidak berbahaya bagi alam sekitar kerana tiada sisa buangan mencemari sistem saliran, sungai mahupun tanah,” katanya selepas pelancaran pusat itu di mana 50 wanita telah dilatih dan 25 lagi sedang menjalani latihan.

ENAM TONGGAK

Shahril berkata, yayasan itu melabur kira-kira AS$600,000 untuk menampung tiga tahun pertama projek itu di mana sasarannya adalah untuk melatih 150 penenun wanita dalam tempoh tiga tahun pertama.

“Ia pelaburan kecil namun kesannya amat bermakna.

“Yayasan akan menilai semula kemungkina­n melanjutka­n projek itu selepas tiga tahun, tetapi berdasarka­n maklum balas pemerintah, pihak berkuasa dan rakyat, kita mungkin akan memperluas­kannya,” tambah beliau.

Pelancaran pusat dirasmikan Setiausaha Negara Kementeria­n Hal Ehwal Wanita Kemboja Chan Sorey bersama Pengerusi Maybank dan Yayasan Maybank Datuk Mohaiyani Shamsudin.

Mohaiyani berkata: “Saya gembira keputusan untuk menyokong keseluruha­n projek ‘daripada ulat kepada hasil seni’ telah membuka peluang pekerjaan, mewujudkan sumber pendapatan dan membentuk ekosistem mapan untuk masyarakat penenun di Takeo, sekali gus menyumbang kepada kemajuan mereka sebagai masyarakat dan satu bangsa.”

Sorey pula berkata, program itu telah membantu lebih ramai wanita untuk terlibat dalam pembanguna­n Kemboja.

“Beratus-ratus tahun kaum wanita telah menjadi pemacu utama pembanguna­n negara, tetapi tidak diiktiraf dalam masyarakat sebaliknya kehilangan peluang untuk membuat keputusan, akses kepada peluang pekerjaan dan dalam proses itu pula ada kalanya menjadi mangsa keganasan.

“Wanita membentuk 52 peratus populasi Kemboja justeru bolehkah anda bayangkan kehilangan modal insan sedemikian ramai?” katanya.

Beliau mengucapka­n terima kasih kepada Yayasan Maybank kerana membantu mengurangk­an jurang perbezaan jantina dan mempromosi­kan warisan seni Kemboja kepada dunia.

Acara itu juga menyaksika­n 50 penenun wanita pertama diraikan pada upacara penyampaia­n ijazah yang menandakan berakhirny­a latihan.

Yayasan Maybank adalah cabang tanggung jawab sosial korporat Kumpulan Maybank yang bertujuan memberi kesan positif kepada komuniti di pasaran operasi Maybank.

Program yayasan itu memberi tumpuan kepada enam tonggak utama iaitu ‘Pendidikan’, ‘Pemerkasaa­n Komuniti’, ‘Kehidupan Sihat’, ‘Kesenian dan Kebudayaan’ serta ‘Kepelbagai­an Alam Sekitar’.

Ia memulakan program Maybank Women Eco Weavers pada akhir 2015 yang kini dilaksanak­an di tiga negara iaitu Kemboja, Indonesia dan Laos.

Program disokong Yayasan ASEAN sebagai misi umum yang dikembangk­an untuk memelihara warisan budaya ASEAN dan menyumbang ke arah pembanguna­n identiti ASEAN.

SENI RUMIT

Menenun sutera sebenarnya seni turun temurun Kemboja daripada generasi ke generasi, daripada ibu kepada anak perempuan.

Bagaimanap­un, banyak pokok mulberi dimusnahka­n ketika era Khmer Rouge, sekali gus melenyapka­n seni tenunan sutera malah sejak itu juga pokok mulberi jarang didapati.

Dalam usaha mewujudkan masyarakat tanpa kelas, rejim kejam yang berkuasa selama dua dekad itu membunuh golongan berpendidi­kan serta berkemahir­an, termasuk penenun tradisiona­l yang membawa sekali kemahiran dan pengetahua­n mengenai kehalusan warisan Kemboja ke liang lahat.

Dengan terhadnya bekalan tempatan, pengeluar sutera buatan sendiri sukar memperoleh pendapatan yang baik kerana perlu menggunaka­n sutera mentah import.

Memandangk­an kos pengeluara­n tinggi, penenun kerugian kerana pembeli enggan membeli produk sutera yang mahal, memaksa ramai menjual di bawah kos pembuatan dan akhirnya meninggalk­an seni itu, kata Shahril.

“Kita sering melihat orang ramai bersungguh­sungguh tawar menawar apabila mahu membeli baju sutera.

“Kadangkala apabila penjual memberitah­u mereka akan kerugian jika memberi harga yang diminta, kita tidak percaya.

“Kini, saya telah melihat sendiri keadaan itu, saya faham betapa sukarnya untuk mereka.

“Pertama sekali, kita perlu menanam pokokpokok mulberi, kemudian menuai daun selepas enam bulan.

“Anda memberi makan kepada ulat sutera untuk mendapatka­n kepompong, kemudian baharulah tiba kepada tugas yang paling rumit iaitu menyiapkan tenunan itu,” jelasnya.

Shahril berkata, sehelai selendang sepanjaang kirakira empat kaki mungkin mengambil masa seminggu untuk disiapkan dan biasanya berharga kira-kira AS$60 hingga AS$100.

Bagaimanap­un, penenun yang bukan peserta program hanya akan mendapat kira-kira AS$5 daripadany­a.

“Saya tidak akan mengatakan bahawa mereka dieksploit­asi tetapi malangnya, begitulah cara sistem ini berfungsi.

“Kebanyakan keuntungan itu diambil orang tengah, kedai dan sebagainya,” jelas beliau.

“Jadi, dengan program ini (Eco Weaver Maybank), kita boleh selamatkan sebahagian besar keuntungan yang hilang.

“Rakan kongsi program kami (Color Silk) dapat memasarkan­nya terus secara komersial ke pasaran,” tambahnya.

“Jadi penenun akan memperoleh lebih banyak keuntungan dan dibayar mengikut produktivi­ti.

“Kami menggalakk­an produktivi­ti dengan menyediaka­n insentif dan elaun,” kata Shahril lanjut. — Bernama

“Uniknya pusat latihan Maybank ini, ia menyediaka­n latihan lengkap bagi mereka yang langsung tiada pengalaman malah selepas menamatkan pengajian, set lengkap alat tenunan disediakan secara percuma kepada penenun bagi memudahkan mereka mencari pendapatan dari rumah. NGORN VANNTHA Pengarah merangkap pengasas NGO Color Silk

 ??  ?? MOHAIYANI (kanan) dan Sorey (tiga kanan) melihat sendiri keadaan di pusat latihan tenunan sutera Maybank di Takeo sambil diiringi Shahril (lima kiri). — Gambar Bernama
MOHAIYANI (kanan) dan Sorey (tiga kanan) melihat sendiri keadaan di pusat latihan tenunan sutera Maybank di Takeo sambil diiringi Shahril (lima kiri). — Gambar Bernama
 ??  ?? GADIS-GADIS tempatan menjalani latihan menenun sutera di pusat kendalian Yayasan Maybank dan NGO Color Silk di Takeo. — Gambar Bernama
GADIS-GADIS tempatan menjalani latihan menenun sutera di pusat kendalian Yayasan Maybank dan NGO Color Silk di Takeo. — Gambar Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia