Utusan Borneo (Sabah)

Politeknik KK muncul johan

Anugerah sambutan merdeka terbaik

-

POLITEKNIK Kota Kinabalu (PKK) dinobatkan johan Anugerah Sambutan Merdeka Terbaik Politeknik Malaysia 2017 sempena Majlis Penutup Sambutan Bulan Kebangsaan Politeknik Malaysia 2017 yang berlangsun­g di Politeknik Merlimau, Melaka.

PKK berjaya menjuarai senarai penyertaan daripada politeknik seluruh negara dengan bilangan aktiviti kemerdekaa­n yang paling banyak, menarik dan menepati kesemua kriteria yang telah ditetapkan penganjur.

Pengarah PKK Zainab Othman menyatakan rasa gembira dan bersyukur dengan pencapaian itu kerana ia menunjukka­n komitmen padu yang diberikan oleh warganya yang terdiri daripada pelbagai kaum dan etnik.

“Kita amat bersyukur di PKK dengan

“Kita amat bersyukur di PKK dengan kepelbagai­an adat, bangsa dan budaya, program yang diatur dilaksanak­an dengan begitu teliti dan mendapat komitmen padu daripada semua kakitangan serta pelajar PKK ZAINAB OTHMAN Pengarah PKK

kepelbagai­an adat, bangsa dan budaya, program yang diatur dilaksanak­an dengan begitu teliti dan mendapat komitmen padu daripada semua kakitangan serta pelajar PKK.

“Setinggi tahniah dan terima kasih kepada warga PKK, khususnya Jabatan Hal Ehwal Pelajar di atas perancanga­n dan pelaksanaa­n programpro­gram yang berimpak tinggi sempena Sambutan Hari Kebangsaan 2017, sekaligus mencermink­an semangat perpaduan dan patriotism­e yang tinggi selaras dengan tema ‘Negaraku Sehati Sejiwa’,” katanya.

Dalam program julungkali diadakan itu, PKK telah menganjurk­an sembilan program di peringkat PKK bersempena sambutan Hari Kebangsaan tahun ini.

Antaranya ialah Program Food Bank Sehati Sejiwa, Ambang Merdeka PKK Sabah 2017, Run For Health: Negaraku Sehati Sejiwa, Pertanding­an Swafoto dan Fotografi Merdeka Peringkat PKK, Karnival Sukan Kamsis, Tamu Heboh Kamsis, dan banyak lagi.

Dengan kejayaan itu, PKK membawa pulang piala dan wang tunai RM20 ribu.

Sementara itu, Mohd Hanis Mohd Nor selaku pengelola bagi aktiviti berkenaan di peringkat PKK menyatakan rasa gembira di atas anugerah itu.

“Saya berasa sungguh gembira di atas kejayaan ini, dan ingin mengucapka­n setinggi penghargaa­n kepada semua pihak yang menyokong serta membantu menjayakan Program Semarak Merdeka 2017 Peringkat Politeknik Kota Kinabalu,” katanya.

Beliau berharap agar setiap program yang dijalankan telah memberi impak positif kepada semua terlibat terutama dalam aspek jati diri cintakan negara dan kemajuan pelajar dalam melaksanak­an aktiviti.

Terdahulu, Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti Prof Dato’ Dr Mohd Ismail Abd Aziz dalam ucapan perasmiann­ya berkata, penganjura­n program sambutan kemerdekaa­n itu adalah

tanda komitmen warga politeknik khususnya untuk melahirkan pelajar yang berjiwa patriotik dan seterusnya melahirkan pelajar serta masyarakat yang sama-sama berganding bahu dan berpegang kepada tema Negaraku Sehati Sejiwa.

Program anjuran Bahagian Pembanguna­n Pelajar, Jabatan Pendidikan Politeknik dengan kerjasama Politeknik Merlimau, Melaka itu merupakan program julungkali diadakan yang dibuka kepada warga politeknik seluruh Malaysia.

Pertanding­an yang diadakan adalah Pertanding­an Swafoto dan Fotografi (Individu) dan Anugerah Sambutan Bulan Kemerdekaa­n Politeknik Malaysia.

Naib johan bagi Anugerah Sambutan Bulan Kemerdekaa­n Politeknik 2017 diraih oleh Politeknik Merlimau (PMM), Melaka manakala tempat ketiga milik Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA).

 ??  ?? ZAINAB (lima dari kanan) dengan hadiah utama Anugerah Sambutan Merdeka Terbaik Politeknik Malaysia 2017, bersama Ismail (lima dari kiri) dan para pemenang daripada PMM dan PSA.
ZAINAB (lima dari kanan) dengan hadiah utama Anugerah Sambutan Merdeka Terbaik Politeknik Malaysia 2017, bersama Ismail (lima dari kiri) dan para pemenang daripada PMM dan PSA.
 ??  ?? MOHD Hanis selaku pengelola Sambutan Merdeka Peringkat Politeknik Kota Kinabalu bergambar kenangan bersama hadiah yang dimenangi.
MOHD Hanis selaku pengelola Sambutan Merdeka Peringkat Politeknik Kota Kinabalu bergambar kenangan bersama hadiah yang dimenangi.
 ??  ?? ZAINAB dengan hadiah Anugerah Sambutan Merdeka Terbaik Politeknik Malaysia 2017.
ZAINAB dengan hadiah Anugerah Sambutan Merdeka Terbaik Politeknik Malaysia 2017.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia