Utusan Borneo (Sabah)

Diancam Agung, ribuan pindah

‘Tidur’ lebih 50 tahun, Bali jangka gunung berapi itu akan meletus

-

KARANGASEM: Lebih 34,000 penduduk telah meninggalk­an kediaman mereka dari sekeliling gunung berapi yang sedang bergolak di pulau peranginan Bali ketika kekuatan gegaran bertambah, menimbulka­n kebimbanga­n bahawa ia akan meletus buat kali pertama setelah terpendam lebih 50 tahun, menurut seorang pegawai semalam.

Agensi mitigasi bencana di Indonesia menyatakan jumlah penduduk yang meninggalk­an kediaman mereka di sekitar gunung berapi telah meningkat tiga kali ganda sejak Jumaat lepas dalam kebimbanga­n yang bertambah bahawa Gunung Agung akan meletus pada bila-bila masa.

“Proses pemindahan sedang dilakukan dan kami menjangkak­an jumlah penduduk yang berpindah akan terus bertambah,” menurut jurucakap agensi Sutopo Purwo Nugroho.

Gunung berapi tersebut yang terletak kira-kira 75 kilometer dari hab pelanconga­n Kuta telah bergegar beratus-ratus kali sejak Ogos lepas.

Pihak berkuasa mengumumka­n paras amaran paling tinggi pada lewat Jumaat lepas berikutan dengan peningkata­n aktiviti gunung berapi dan menggesa penduduk untuk berada sekurangku­rangnya sembilan kilometer jauhnya dari kawasan kawah.

“Saya benar-benar sangat bimbang untuk pergi dari sini, saya meninggalk­an haiwan ternakan saya di rumah kerana kami telah diarahkan untuk segera meninggalk­an kampung kami,” menurut salah seorang penduduk kampung, Nyoman Asih yang berpindah bersama seisi keluargany­a.

Lapangan terbang antarabang­sa di bandar utama Bali, Denpasar, kemungkina­n ditutup namun tiada jadual penerbanga­n terjejas sehingga semalam.

Lapangan terbang telah menyediaka­n bas dan kereta api bagi memindahka­n penumpang ke hab alternatif di wilayah berhampira­n sekiranya gunung itu meletus.

Pusat Pencegahan Bencana Geologi dan Gunung Berapi Indonesia menyatakan gegaran kurang kerap semalam namun lebih kuat berbanding harihari sebelumnya.

“Gunung masih belum meletus sehingga sekarang, gempa bumi kurang berlaku namun magnitudny­a semakin kuat,” kata Gede Suantika, penganalis­is kanan gunung berapi di agensi tersebut.

Lebih 1,000 maut ketika Agung kali terakhir meletus pada 1963.

 ?? — Gambar AFP ?? PEMANDANGA­N menunjukka­n keadaan di sekitar Gunung Agung di Karangasem, Pulau Bali semalam.
— Gambar AFP PEMANDANGA­N menunjukka­n keadaan di sekitar Gunung Agung di Karangasem, Pulau Bali semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia