Utusan Borneo (Sabah)

Serangan asid di London, enam cedera

-

LONDON: Satu serangan asid yang disyaki di timur London telah mencederak­an sekurang-kurangnya enam mangsa kelmarin, dengan pihak polis menyatakan mereka telah menahan seorang remaja lelaki berusia 15 tahun, walaupun mereka tidak mempercaya­i insiden itu sebagai berkaitan dengan keganasan.

Pihak polis menyatakan mereka telah dihubungi hanya sebelum jam 8 malam waktu tempatan ke Stratford Centre, berhampira­n dengan Stadium Olimpik di London, berikutan dengan laporan mengenai sekumpulan lelaki menyembur apa yang dipercayai sebagai sejenis bahan beracun.

Perkhidmat­an Ambulans London menyatakan dalam Twitter bahawa mereka telah merawat sekurang-kurangnya enam pesakit selepas menghantar anggota paramedik dan ambulans.

Kecederaan mangsa dipercayai telah dialami di beberapa lokasi berlainan, dengan seorang lelaki diberkas kerana dicurigai kerana mencederak­an anggota badan dengan teruk, menurut pihak polis.

Beberapa saksi memberitah­u Press Associatio­n bahawa satu pergaduhan membabitka­n dua kumpulan lelaki telah berlaku terlebih dahulu sebelum kejadian serangan tersebut.

Pekerja Burger King Hossen, 28, menyatakan seorang lelaki gelandanga­n tempatan telah datang ke kedai makanan segera “untuk membasuh asid pada mukanya.”

Terdapat 431 serangan asid dilaporkan berlaku di London pada tahun lepas, 398 daripadany­a telah dilakukan di luar pekan Newham di Stratford.

 ?? — Gambar Reuters ?? IMEJ pegun video menunjukka­n pegawai kecemasan merawat mangsa susulan serangan asid di Stratford, London kelmarin.
— Gambar Reuters IMEJ pegun video menunjukka­n pegawai kecemasan merawat mangsa susulan serangan asid di Stratford, London kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia