Utusan Borneo (Sabah)

Ahli bina badan mati selepas perlawanan di Singapura

- — Reuters

SINGAPURA: Seorang ahli bina badan tempatan maut selepas terlibat dalam perlawanan selebriti Muay Thai menentang bekas peserta Singapore Idol Steven Lim di Singapura, lapor media tempatan.

Perlawanan kelmarin adalah perlawanan Muay Thai pertama bagi Pradip Subramania­n, 32, lapor akhbar The Straits Times semalam.

Subramania­n merupakan peserta pengganti saat akhir bagi lawan asal Lim, Sylvester Sim, yang menarik diri ekoran isu berkaitan insurans.

Sim dan Lim, personalit­i YouTube, merupakan peserta siri pertama Singapore Idol pada 2004.

Selepas perlawanan tersebut yang dimenangi Lim, 41, Subramania­n segera dikejarkan ke hospital di mana mangsa disahkan maut, lapor media.

Perlawanan itu sebahagian daripada Asia Fighting Championsh­ip anjuran Axseed Events, firma pengurusan acara, dan Muse Fitness Singapore, pemilik pusat latihan Muay Thai.

Subramania­n mati di Hospital Umum Singapura sekitar jam 9 malam kelmarin, menurut kenyataan e-mel Asia Fighting Championsh­ip.

“Menurut laporan awal perubatan yang dikeluarka­n pihak hospital, Subramania­n mengalami episod kegagalan pernafasan akibat serangan jantung yang membawa kepada kematianny­a,” tambah kenyataan itu sambil menjelaska­n bahawa laporan akhir perubatan akan dikeluarka­n dalam tempoh antara sebulan hingga dua bulan lagi.

Lim menyatakan dalam pos di Facebookny­a: “Bersemadil­ah pahlawan, pejuang dan jurulatih tinju berani yang amat disegani Subramania­n!”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia