Utusan Borneo (Sabah)

Tong gas dalam kereta, 200 dipindahka­n di Lille

-

LILLE: Hampir 200 penduduk di kawasan pinggir bandar mewah di utara Perancis di badar Lille telah dipindahka­n pada malam kelmarin selepas lima tong gas ditemui di dalam sebuah kereta, menurut pihak polis, di samping menolak kemungkina­n mengenai ia sebagai berkaitan dengan keganasan.

“Terdapat satu peluang yang baik bahawa ia adalah sesuatu yang tidak berbahaya,” menurut sumber polis.

Seorang penduduk telah memaklumka­n keadaan cemas itu sekitar jam 10.30 malam dan skuad bom telah berada di kawasan di subbandar Lambersart sebagai satu langkah berjaga-jaga.

Pada hujung Ogos, sebuah konsert di bandar Rotterdam di Belanda telah dibatalkan pada saat akhir selepas satu maklumat daripada pihak polis Sepanyol.

Pemandu sebuah van membawa beberapa tong gas berhampira­n dengan kawasan telah diberkas namun kemudian dibebaskan.

Pada Jun, sebuah operasi utama skuad bom telah dilancarka­n selepas sebuah kenderaan dengan beberapa botol butana yang disembunyi­kan di bawah sehelai kain tebal telah ditemui di bahagian Isere di timur Perancis.

Ia kemudian didapati bahawa pemandu itu telah mencuri daripada majikannya, sebuah syarikat muatan.

Perancis di bawah perintah darurat sejak Islamic State (IS) menyerang Paris pada November 2015, membunuh 130 orang dan serangan trak berskala besar di Nice tahun lepas yang mengorbank­an 86 orang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia