Utusan Borneo (Sabah)

Arab Saudi pintas misil Huthi Yaman

-

RIYADH: Sebutir misil pemberonta­k Yaman menuju ke Arab Saudi telah dipintas lewat kelmarin, menurut pakatan tentera Arab, ketika sambutan seluruh negara sempena menyambut penubuhan kerajaan.

Misil balistik menyasarka­n Khamis Mushait, pangkalan udara utama pakatan tentera Arab Saudi bagi operasinya di Yaman, Agensi Media Saudi (SPA) memetik pihak pakatan sebagai berkata.

Ia menambah bahawa misil itu telah dipintas tanpa kematian atau kerosakan.

“Pasukan Tentera Udara Diraja Saudi telah mengesan pelancaran misil balistik dari dalam wilayah Yaman,” menurut SPA.

“Pasukan tentera pakatan kemudian menyasarka­n kawasan pelancaran.”

Serangan muncul ketika Arab Saudi menyambut hari kebangsaan­nya dengan konsert, tarian asli dan pertunjuka­n bunga api.

Serangan misil balistik kerap kali, termasuk tembakan roket jarak dekat yang lebih kerap di sempadan selatan, pada masa lepas telah dilakukan selepas serangan udara pakatan terhadap pihak pemberonta­k di Yaman.

Minggu lepas ketua pemberonta­k mengugut untuk menembak misil ke arah Emiriah Arab Bersatu dan menyerang kapal tangki Arab di Laut Merah.

Pemberonta­k Huthi dan sekutu mereka, bekas anggota bagi pasukan keselamata­n Yaman dikaitkan dengan bekas presiden Ali Abdullah Saleh, memulakan serangan tindak balas terhadap kerajaan dua tahun lepas.

Pakatan campur tangan dalam negara pada Mac 2015 menyokong Presiden Abedrabbo Mansour Hadi, yang menyatakan pemberonta­k disokong Iran. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia