Utusan Borneo (Sabah)

Koperasi disaran daftar keanggotaa­n Co-opbank

-

KUALA LUMPUR: Kirakira 12,000 koperasi di Malaysia disaran mendaftar menjadi ahli Co-opbank Persatuan Malaysia Bhd (CBP), sekali gus memanfaatk­an kelebihan keanggotaa­nnya.

Ketua Pegawai Operasi CBP, Mohd Dzarfan Khalid berkata, daripada jumlah itu, cuma 8,000 koperasi bergiat secara aktif.

“Sebagai anggota CBP, mereka layak untuk menikmati pelbagai manfaat seperti pulangan lebih tinggi serta skim khairat kematian dan hadiah kesetiaan keanggotaa­n.

“Selain itu, mereka juga bakal menikmati ‘keutamaan’ akses sekiranya mahu membuat pembiayaan pinjaman dengan CBP,” katanya kepada Bernama sebelum sesi temu bual bersama Bernama Radio baru-baru ini.

Sehingga 2016, seramai 74,854 individu dan 531 koperasi telah mendaftar sebagai anggota CBP.

Jumlah modal yang dilaburkan sehingga awal bulan ini berjumlah RM380 juta.

Mohd Dzarfan berkata, CBP menyasarka­n untuk mengumpul keahlian sebanyak 10 peratus daripada 12,000 jumlah koperasi di Malaysia pada tahun ini dan meningkat kepada 20 peratus menjelang 2020.

“CBP sedang melakukan jelajah bersama dengan Suruhanjay­a Koperasi Malaysia dan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Bhd kerana hasil kajian yang dijalankan menunjukka­n masih ada segelintir koperasi tidak tahu kewujudan Coopbank.

“Keanggotaa­n sangat penting kepada CBP kerana ia akan mempengaru­hi jumlah modal saham kepada pusingan modal perniagaan selain membantu mengembang­kan perniagaan CBP,” tambah beliau.

Mohd Dzarfan berkata, CBP menyasarka­n dividen bagi tahun ini sebanyak enam peratus, meningkat daripada 5.5 peratus yang dibayar pada tahun lepas. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia