Utusan Borneo (Sabah)

E-dagang kurangkan halangan kepada kos kemasukan dan operasi PMKS

-

KUALA LUMPUR: E-dagang telah mengurangk­an halangan kepada kos kemasukan dan operasi perniagaan dengan ketara, terutama bagi manfaat perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS), kata Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri (MITI) Kedua, Datuk Seri Ong Ka Chuan.

Beliau yang mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat MenteriMen­teri Ekonomi Asia Eropah Ke-7 (EMM7) dan mempengeru­sikan sesi pleno kedua di Seoul, Korea Selatan baru-baru ini berkata, e-dagang telah menjadi elemen yang semakin penting dalam ekonomi global.

“Dalam dunia global yang saling terhubung melalui teknologi maklumat dan komunikasi, e-dagang memainkan peranan penting bukan sahaja dalam perdaganga­n domestik dan merentas sempadan, tetapi juga dalam membantu pelaburan asing melalui penawaran perkhidmat­an perantaraa­n,” katanya.

EMM7 disertai menteri dan wakil ekonomi dan perdaganga­n daripada 21 negara Asia serta 30 negara Eropah, di samping Sekretaria­t Suruhanjay­a Eropah dan ASEAN.

Mesyuarat itu juga disertai Pertubuhan Perdaganga­n Sedunia (WTO), Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembanguna­n, Pertubuhan Pembanguna­n Perindustr­ian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan Bank Pembanguna­n Asia.

Bertema ‘Menyambung Semula Asia-Eropah: Kerjasama Inovatif Untuk Kemakmuran Inklusif’, EMM7 telah membincang­kan beberapa tajuk seperti Memudah dan Menggalak Perdaganga­n dan Pelaburan; Mengukuh Kesambunga­n Ekonomi serta Pertumbuha­n Mampan dan Inklusif.

Dalam satu kenyataan MITI berkata, dalam mesyuarat tersebut, menterimen­teri terbabit telah mengiktira­f peranan utama PMKS dalam mewujudkan pekerjaan, pertumbuha­n ekonomi dan kemakmuran di negara maju dan juga sedang membangun.

“PMKS juga perlu mengguna peluang yang ditawarkan pendigital­isan dan menginovas­i diri mereka untuk menjadi pesaing yang kecil, pantas dan kuat dalam arena global yang mempunyai peluang yang sama untuk berjaya,” tambahnya.

Katanya, menteri-menteri telah menyatakan sokongan padu untuk mengantara­bangsakan PMKS dengan memupuk penyertaan mereka dalam rantaian nilai serantau dan global.— Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia