Utusan Borneo (Sabah)

PLUS perlu terus kekal milik kerajaan, kata MP

Beri pulangan baik kepada 14.5 juta pencarum KWSP, k’jaan

-

KUALA LUMPUR: Seorang Ahli Palimen (MP) turut menyatakan kebimbanga­n mengenai kemungkina­n PLUS Malaysia Bhd diambil alih pihak swasta, dengan berkata, syarikat pengendali lebuh raya yang menguntung­kan itu perlu kekal dimiliki kerajaan.

Anuar Manap, MP Sekijang itu turut menyebut beberapa kes di masa lalu di mana entiti swasta yang memiliki perniagaan atau aset strategik terpaksa diselamatk­an kerajaan.

“PLUS kini dimiliki kerajaan melalui UEM dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Pelaburan ini memberi pulangan yang baik kepada 14.5 juta pencarum KWSP dan juga kerajaan, dari segi dividen dan cukai tahunan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Beliau mengulas cadangan oleh usahawan Tan Sri Abu Sahid Mohamad untuk membeli PLUS Malaysia melalui syarikatny­a Maju Holdings Sdn Bhd.

Khazanah Holdings Bhd memiliki 51 peratus kepentinga­n ekuiti dalam PLUS Malaysia melalui UEM Group Bhd manakala KWSP memiliki 49 peratus pegangan saham.

“Adalah tidak wajar dari segi pelaburan dan ekonomi untuk KWSP dan kerajaan melepaskan pelaburan ini.

“Kita tidak boleh mengambil manfaat yang telah dinikmati 14.5 juta ahli KWSP hanya untuk dimanfaatk­an oleh individu atau entiti swasta.” katanya.

Anuar menyoal bagaimana KWSP akan mendapatka­n pengganti untuk pelaburan yang amat baik ini.

“Hanya terdapat satu PLUS sebagai pelaburan infrastruk­tur gergasi.

“Kenapa perlu melepaskan pembanguna­n pelaburan infrastruk­tur kita? Tidakkah 14.5 juta ahli KWSP akan memperosal tindakan KWSP untuk keluar daripada pelaburan yang baik seperti itu.

“PLUS sudah tidak menaikkan kadar tol lebih daripada 10 tahun. Jika PLUS mendapat pampasan untuk ini, ia hanyalah perpindaha­n daripada poket kiri ke kanan, dengan dana itu masih berada dalam tangan kerajaan. Akhinya ia akan memanfaatk­an14.5 juta penyumbang KWSP,” kata Anuar.

Menurutnya, cadangan untuk membekukan kenaikan tol oleh Maju Holdings untuk 20 tahun akan datang mungkin nampak menarik daripada perspektif rakyat serta menjimatka­n kos kepada kerajaan.

“Bagaimanap­un kita telah melihat beberapa kes di mana entiti swasta yang memiliki perniagaan atau aset strategik perlu diselamatk­an kerajaan,” katanya.

“Adakah akan berlaku satu lagi usaha menyelamat, mungkin dalam tempoh 10 atau 15 tahun lagi, dengan ketiadaan kenaikan tol dan memiliki standard yang sama seperti yang dilakukan PLUS sekarang di tengah-tengah peningkata­n kos bahan mentah,” soal beliau.

PLUS mengendali kira-kira 770 kilometer Lebuhraya Utara-Selatan yang menjadi ‘tulang belakang’ Semenanjun­g Malaysia. Ia adalah aset strategik negara dan perlu diuruskan kerajaan.— Bernama

“PLUS kini dimiliki kerajaan melalui UEM dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Pelaburan ini memberi pulangan yang baik kepada 14.5 juta pencarum KWSP dan juga kerajaan, dari segi dividen dan cukai tahunan, ANUAR MANAP MP Sekijang

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia