Utusan Borneo (Sabah)

Coopmall beri manfaat kepada ahli koperasi

- Oleh ABD NADDIN HJ SHAIDDIN

KOTA KINABALU: Program Sistem Integrasi Koperasi Malaysia (Coopmall) dijangka memberi banyak manfaat kepada ahli koperasi di seluruh negara apabila ia dilaksanak­an kelak.

Ahli Lembaga Pengarah 3PTEB RIZQ Berhad Dato Sri Marajoh Haji Unding berkata program itu diyakini mampu mentransfo­rmasi ekonomi bumiputera kerana melalui sistem Coopmall, semua koperasi di negara ini boleh membina kerjasama yang lebih jitu daripada pelbagai aspek, khususnya berkaitan perniagaan koperasi.

Menurutnya, sistem itu dibangunka­n untuk menghubung­kan sebanyak 13,247 koperasi di seluruh negara dengan keahlian kira-kira lapan juta orang.

Beliau yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Marmaz Group Holdings berkata, sebelum ini belum ada jaringan kerjasama yang utuh antara koperasi di Malaysia dan mereka bergerak sendirian sehingga mereka dapat dapat menggemble­ng kekuatan modal demi untuk membangunk­an ekonomi ahli.

Marajoh berkata, Coopmall itu akan membolehka­n membolehka­n semua ahli koperasi berkongsi informasi, bertukar maklumat mengenai aktiviti perniagaan, dan bantu membantu antara satu sama lain.

Melalui program itu, ia juga mampu meningkatk­an lagi kuasa beli koperasi kerana mereka mempunyai ahli yang sedia ada dan mampu meningkatk­an lagi aktiviti perniagaan koperasi.

“Melalui kerjasama dalam kalangan koperasi, harga barang dapat diturunkan kepada kadar yang lebih murah dan munsabah,” katanya sambil menambah, konsep perniagaan seperti itu sudah dilaksanak­an oleh Alibaba di China yang terbukti menjana pendapatan ke tahap yang lebih tinggi.

Beliau berkata demikian selepas majlis Menandatan­gani dan Memeterai Perjanjian Operasi Pemegang Saham bagi Program Sistem Integrasi Koperasi Malaysia (Coopmall) di bawah Marmaz Group Holdings bersama 3 PTEB RIZQ Berhad.

Penggabung­an itu akan membolehka­n koperasi mencapai matlamat lebih cepat.

Perjanjian itu ditandatan­gani antara Marajoh bersama Datin Seri Madzanah Md Shauddin serta Datuk Haji Matusin Sunsang bersama Datin Sitti Rasidah Mohd Salleh, Datuk Clement Jaikul bersama Faizal Haji Osman, Dato Jimsbon Haji Unding bersama Datin Dahlia Velma Mudjail, Haji Hamidi Abd Wahab bersama Hajah Sarini Abdullah, dan Suazlin Sulong bersama Agus Hussin.

Hadir sama dalam majlis itu ialah Dato Mohd Nazir Ali, rakan niaga 3PTEB, rakan niaga Atelier Consept Resources dan warga Marmaz Group Holdings.

 ??  ?? PEMEGANG saham di bawah pegangan Marmaz Group bergambar selepas MoU.
PEMEGANG saham di bawah pegangan Marmaz Group bergambar selepas MoU.
 ?? MARAJOH bertukar dokumen perjanjian dengan Suazlin. ??
MARAJOH bertukar dokumen perjanjian dengan Suazlin.
 ??  ?? WARGA Marmaz Group Holding bergambar selepas majlis MoU itu.
WARGA Marmaz Group Holding bergambar selepas majlis MoU itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia