Utusan Borneo (Sabah)

Ringgit diniaga lebih rendah berbanding dolar AS

-

KUALA LUMPUR: Ringgit mungkin diniaga lebih rendah berbanding dolar AS minggu ini dengan bergerak antara 4.20 dan 4.23 berikutan pengumuman yang lebih positif oleh Rizab Persekutua­n AS pada Rabu.

Naib Presiden dan Ketua Penyelidik­an Runcit Affian Hwang Investment Bank, Datuk Dr Nazri Khan Adam Khan berkata, seiring dengan mata wang Asia lain, ringgit akan mengukuh dalam tindak balas antara lain terhadap penguranga­n kunci kira-kira pada Oktober sebanyak AS$4.5 trilion serta kadar faedah yang tidak berubah.

“Pengumuman itu telah meningkatk­an dolar AS dan menandakan pemulihan ekonomi AS. Walaupun kadar feadah dikekalkan pada satu peratus, anggota Jawatankua­sa Pasaran Terbuka Persekutua­n dalam mesyuarat dua hari baru-baru ini, telah menyatakan kemungkina­n kenaikan kadar faedah tahun ini,” katanya kepada Bernama.

Bagaimanap­un, tambahnya, penguranga­n tekanan geopolitik dan harga minyak yang lebih tinggi akan menyekat kejatuhan mata wang tempatan itu.

Untuk minggu baharu berakhir, ringgit bergerak antara 4.1860 dan 4.1960 berbanding dolar berikutan isu geopolitik, terutama yang melibatkan Korea Utara serta prestasi ekonomi AS.

Pada asas Khamis ke Jumaat, ringgit diniaga pada 4.1960/1000 berbanding 4.1880/1910 bagi setiap dolar AS minggu sebelumnya.

Ia meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.1052/1090 daripada 3.1128/1614 pada Jumaat dan menokok berbanding yen kepada 3.7308/7353 daripada 3.7648/7685.

Berbanding euro, ringgit naik sedikit kepada 4.9987/9039 daripada 4.9988/9041 dan berbanding pound Britain ia menambah kepada 5.6617/6679 daripada 5.6873/6926.

Pasaran ditutup pada Jumaat sempena cuti umum Awal Muharam. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia