Utusan Borneo (Sabah)

Kementeria­n sentiasa komited perkasa masyarakat

-

TUARAN: Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) sentiasa komited memberi sokongan dan kerjasama padu untuk memperkasa­kan masyarakat supaya terus membudayak­an gaya hidup sihat.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Hj Hajiji Hj Noor berkata, rakyat di negeri ini perlu sentiasa mengutama dan mementingk­an kesihatan dalam kehidupan seharian.

Beliau yang juga Adun Sulaman menyatakan demikian ketika berucap merasmikan Program Kem Nak Sihat Gegar 10,000 Langkah Merdeka anjuran Pejabat Kesihatan Kawasan Tuaran di padang pekan di sini pada Sabtu.

Mengenai program itu, beliau berkata ia menggalakk­an masyarakat membudayak­an amalan aktiviti fizikal secara berterusan dan menyemai minat terhadap aktiviti sedemikian serta mampu menjadikan rakyat negara ini sebagai masyarakat yang bukan saja sihat fizikal tetapi juga emosi dan rohani.

“Program ini juga mempromosi­kan aktiviti berjalan 10,000 langkah dengan lebih meluas sempena sambutan kemerdekaa­n negara.

“Bagi peserta program, aktiviti berjalan kaki merupakan senaman mudah, murah, praktikal dan selamat untuk semua peringkat umur serta penting untuk kesihatan,” katanya.

Selain aktiviti berjalan kaki, tambahnya, hadirin juga berpeluang­menjalanis­aringan kesihatan secara percuma, pemeriksaa­n gigi dan kempen derma darah, selain pameran oleh PDRM, Jabatan Bomba dan Penyelamat, dan Agensi Anti-Dadah Kebangsaan Cawangan Tuaran.

Terdahulu, Pegawai Kesihatan Kawasan Tuaran Dr Noraziah Bakri memberitah­u program itu juga bertujuan mengukuhka­n lagi imej kementeria­n sebagai peneraju budaya hidup aktif dalam kalangan rakyat Malaysia.

“Ia juga bertujuan mewujudkan persekitar­an yang sihat dan menyokong untuk melakukan aktiviti fizikal,” katanya.

Antara ratusan orang yang hadir ialah Penolong Pegawai Daerah Tuaran Abdullah Sani Hj Daud dan Setiausaha Politik Abdul Kassim Hj Razali.

Turut hadir ialah Presiden Persatuan Suang Lotud Sabah (Lotud) Dato’ Freddie Sua dan Pengarah Hospital Tuaran Dr G Mohan.

 ??  ?? HAJIJI (tengah) melepaskan acara Gegar 10,000 Langkah Merdeka. Turut kelihatan Dr Noraziah (kiri) dan Freddie (kanan).
HAJIJI (tengah) melepaskan acara Gegar 10,000 Langkah Merdeka. Turut kelihatan Dr Noraziah (kiri) dan Freddie (kanan).
 ??  ?? HAJIJI menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada salah seorang penganjur, Dr Keezya Ubong Yusuf. Turut kelihatan Dr Noraziah (kiri) dan Abdullah (kanan).
HAJIJI menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada salah seorang penganjur, Dr Keezya Ubong Yusuf. Turut kelihatan Dr Noraziah (kiri) dan Abdullah (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia