Utusan Borneo (Sabah)

Jangan bergantung sepenuhnya kepada kerajaan majukan pendidikan

-

SEMPORNA: Penglibata­n aktif golongan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta merupakan kaedah terbaik bagi bersama-sama pihak sekolah memajukan sektor pendidikan negara ini tanpa bergantung sepenuhnya kepada kerajaan.

Bendahari Umno Bahagian Semporna Datuk Haji Razak Tun Sakatan berkata, perkara itu turut terkandung dalam Pelan Pembanguna­n Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 2025.

Beliau berkata, inisiatif Sarana Ibu Bapa telah memberikan impak yang positif dalam hubungan pihak sekolah dan masyarakat yang kini saling memberikan kerjasama dan sokongan kepada satu sama lain demi meningkatk­an pencapaian anak-anak mereka.

“Kejayaan yang diraih oleh sesebuah sekolah bukan sahaja bergantung kepada pengurusan yang baik, malah turut melibatkan sumbangan ibu bapa serta masyarakat setempat,” katanya ketika merasmikan Program Mitovasi ‘One Step To Success SMKA Tun Sakaran’, di sini.

Razak yang juga Ketua Usia Bahagian Semporna berkata, penganjura­n program itu membuktika­n kerjasama yang baik kerana turut melibatkan Kumpulan Sokongan Ibu Bapa (KSIB) dan penglibata­n ibu bapa melalui PIBG.

“Kerjasama ini telah memberikan hubungan secara langsung antara pihak sekolah, guru, ibu bapa dan pelajar bagi melihat kemajuan sekolah yang berterusan bukan sahaja dalam bidang akademik tetapi juga kokurikulu­m,” katanya.

Menurut beliau, sebagai antara sekolah kebangsaan terbesar di daerah ini, sudah tentu banyak cabaran yang perlu ditempuhi oleh pihak sekolah dan memerlukan kerjasama serta sokongan daripada semua pihak.

Dalam pada itu, Razak juga berharap pelajar di sekolah itu sentiasa fokus kepada pembelajar­anmerekase­harian di sekolah selain memberikan masa secukupnya untuk membuat ulangkaji semasa berada di rumah.

“Saya yakin jika pelajar sentiasa fokus dan berdisplin, peluang untuk meraih kejayaan dalam bidang akademik akan menjadi kenyataan,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? (gambar atas dan kiri) RAZAK (tengah) bersama guru-guru dan pelajar yang menyertai program itu.
(gambar atas dan kiri) RAZAK (tengah) bersama guru-guru dan pelajar yang menyertai program itu.
 ??  ?? RAZAK menerima cendera kenangan daripada pihak sekolah selepas merasmikan program itu.
RAZAK menerima cendera kenangan daripada pihak sekolah selepas merasmikan program itu.
 ??  ?? RAZAK menandatan­gani plak sebagai simbol perasmian program itu.
RAZAK menandatan­gani plak sebagai simbol perasmian program itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia