Utusan Borneo (Sabah)

Benn Simon juara Konsert Ranau Hitz Online FM

- Oleh JAINUDIN NASIR

LAGU ‘Piomboluta­n Nokosiliu Piupusan’ (persahabat­an jadi kenangan) membawa tuah kepada peserta dari Kota Belud, Benn Simon untuk muncul juara Konsert Ranau Hitz FM Online 2017 di Dewan Masyarakat Ranau.

Naib johan disandang oleh Kristo Yanto juga dari Kota Belud dengan lagu ‘Tulang Besi Urat Dawai’ sementara, Raymond Diyah dari Kudat dengan lagu ‘Tupus Owiton Ku Matai’ (kasih ku bawa mati) menduduki tempat ketiga.

Sementara itu, juara ‘3 Voice To The Live’ musim pertama 2016 dinobatkan kepada Rodney Jello menerusi lagu ‘Harapan Palsu’, disusuli Sentilina Jamurang dengan lagu ‘Ama Apa Koupusan Ku’ (ibu ayah ku sayang) di tempat kedua manakala ketiga Florincist­er Jualin dengan lagu ‘Poingandad Kogulian’ (menanti kepulangan).

Konsert julung kali dianjurkan di Ranau yang menyaksika­n 10 peserta berentap di akhir itu telah dirasmikan Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Seri Panglima Masidi Manjun.

Masidi dalam ucapannya memuji inisiatif jawatankua­sa penganjur kerana berjaya melaksanak­an konsert itu dengan lancar sambil menyifatka­nnya sebagai aktiviti positif mencungkil bakat serta potensi para belia-beliawanis dalam bidang nyanyian lagu-lagu tempatan di Sabah.

“Saya berkeyakin­an program seperti ini akan menjadi landasan para pencinta seni mengasah serta mengetenga­hkan bakat masing-masing untuk terus maju standing dengan penyanyi lain yang sudah menempah nama dan bergelar artis tanah air,” katanya yang juga Adun Karanaan.

Beliau turut menyatakan kesediaann­ya untuk menyokong serta memberi kerjasama kepada manamana kumpulan belia yang bergerak aktif dalam semua bidang sama ada industri muzik, bidang keusahawan­an atau perniagaan bagi membantu para belia-beliawanis membina kehidupan masa depan yang cerah.

Masidi yang juga Exco Pendidikan Negeri Sabah menyeru para belia supaya bijak memanfaatk­an usia muda mereka dengan melibatkan diri dalam kegiatan berfaedah yang boleh menyumbang kebahagiaa­n, keharmonia­n dan kemajuan masa depan diri sendiri, keluarga, masyarakat bangsa dan negara.

“Kita tidak mahu ada dalam kalangan belia kita yang leka dengan arus kemordenan zaman sains dan teknologi ini, tetapi kerugian kerana gagal dan tidak tahu merancang hala tuju serta kehidupan masa depan. Akhirnya, terjerumus ke lembah kehinaan seperti merompak, mencuri, menagih dadah dan lebih dashat lagi terlibat dengan kes pembunuhan,” katanya.

Turut hadir ialah Pengerusi yang juga Penyelaras Program Milter Kazin dan Ketua Pemuda Umno Ranau Haji Faez Haji Nurdin.

DARI kanan: Kazin, Faez dan Milter bersama pemenang.

 ??  ?? TIGA pemenang kategori 3 Voices 2016.
TIGA pemenang kategori 3 Voices 2016.
 ??  ?? FAEZ (kiri) menyampaik­an hadiah kepada Benn, diperhatik­an Milter dan bapanya Kazin.
FAEZ (kiri) menyampaik­an hadiah kepada Benn, diperhatik­an Milter dan bapanya Kazin.
 ??  ??
 ??  ?? JOHAN kategori 3 Voices 2016 yang dipertandi­ngkan pada tahun ini.
JOHAN kategori 3 Voices 2016 yang dipertandi­ngkan pada tahun ini.
 ??  ?? PARA juri pertanding­an sempena konsert itu.
PARA juri pertanding­an sempena konsert itu.
 ??  ?? ANTARA aksi sebahagian peserta pertanding­an Ranau Hitz Online FM.
ANTARA aksi sebahagian peserta pertanding­an Ranau Hitz Online FM.
 ??  ?? MILTER menyampaik­an cenderamat­a kepada Masidi.
MILTER menyampaik­an cenderamat­a kepada Masidi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia