Utusan Borneo (Sabah)

Projek Kompleks Pejabat Daerah mercu tanda Bau

Tambahan RM2.5j memperleng­kap projek pembinaan yang dilulus dengan peruntukan awal RM5j

-

BAU: Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg meluluskan tambahan peruntukan sebanyak RM2.5 juta bagi projek pembinaan Kompleks Pejabat Daerah Bau yang baharu.

Penambahan peruntukan itu bakal melengkapk­an lagi projek pembinaan kompleks terbabit yang telah diluluskan oleh kerajaan negeri dengan peruntukan awal RM5 juta.

“Kawasan Bau telah membangun dengan begitu pesat dan kita mahu terus membangunk­an Bau dengan pendekatan baharu iaitu ekonomi digital,” ujarnya pada Sambutan Ulang Tahun Ke-60 Majlis Daerah Bau (MDB), Majlis Pecah Tanah Kompleks Pejabat Daerah Bau dan Pesta Tasik Biru di sini, pada Sabtu

Abang Johari berkata, kerajaan telah meluluskan pembinaan kompleks tersebut yang bakal menjadi mercu tanda baharu Bau.

“Malah, Bau kaya dengan tarikan pelancong yang berpotensi cerah untuk dibangunka­n jika diuruskan dengan baik,” katanya menambah semua ini akan tercapai dengan adanya kerajaan serta pemimpin yang baik.

Sementara itu, ketika ditemui pemberita selepas perasmian majlis, Abang Johari berkata Sarawak akan membina semula antara 250 dan 260 buah sekolah dalam tempoh dua tahun ini bagi menggantik­an sekolahsek­olah daif di negeri ini.

Ketua Menteri berkata sekolah-sekolah daif perlu digantikan segera bagi mengelak insiden yang tidak diingini ke atas murid dan pelajar.

“Kementeria­n Pendidikan, Sains dan Penyelidik­an Teknologi di bawah Menterinya, Dato Sri Michael Manyin Jawong telah mengadakan bengkel bersama semua pegawai daerah dan telah mengenal pasti sekolahsek­olah daif serta sekolah kurang murid (SKM) yang perlu digabungka­n.

“Jadi dalam masa dua tahun ini, kita akan membina antara 250 hingga 260 sekolah bagi menggantik­an sekolah daif ini menggunaka­n dana kerajaan negeri yang akan dibiayai oleh Bank Pembanguna­n Sarawak (DBOS),” katanya.

Terdahulu, Abang Johari menyempurn­akan upacara pecah tanah Kompleks Pejabat Daerah Bau yang baharu sebelum bergerak ke pentas utama majlis tiga dalam satu itu.

Menteri Muda Kerajaan Tempatan Datu Dr Pengguang Manggil dan Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Dato Anthony Nogeh Gumbek merangkap Ahli Parlimen Mas Gading turut hadir pada majlis itu.

Turut sama Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tasik Biru Dato Henry Harry Jinep, Adun Opar Dato Ranum Mina, Adun Serembu Miro Simuh, Residen Bahagian Kuching Shukarmin Chasemon dan Pegawai Daearah Bau Anielia Siam.

“Kawasan Bau telah membangun dengan begitu pesat dan kita mahu terus membangunk­an Bau dengan pendekatan baharu iaitu ekonomi digital.” DATUK PATINGGI ABANG JOHARI TUN OPENG Ketua Menteri

 ??  ?? ABANG JOHARI (dua kiri) mendengar penerangan daripada Henry (kiri) mengenai projek pembinaan Kompleks Pejabat Daerah Bau.
ABANG JOHARI (dua kiri) mendengar penerangan daripada Henry (kiri) mengenai projek pembinaan Kompleks Pejabat Daerah Bau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia