Utusan Borneo (Sabah)

KPK keluar kompuan lebih RM5 juta babit 967 kes penipuan umrah, haji

-

MIRI: Kementeria­n Pelanconga­n dan Kebudayaan Malaysia (KPK) mengeluark­an kompaun sebanyak RM5,135,500 atas pelbagai kesalahan berkaitan pengendali­an pakej umrah di bawah Akta Industri Pelanconga­n 1992.

Ketua Penolong Setiausaha Kanan Pelesenan KPK, Datin Sri Norfaliza Ismail berkata, ia melibatkan 967 kes membabitka­n syarikat tidak berlesen dan berlesen dari 2012 hingga Julai 2017.

“Perlu diingat, kebanyakan syarikat pengendali umrah tidak berlesen serta ejen mereka menyasarka­n mangsa terdiri daripada ahli kariah masjid dan surau,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Kempen Kesedaran Penipuan Pakej Umrah/ Ziarah dan Hak Kepengguna­an Kepada Orang Awam Bagi Tahun 2017 Peringkat Negeri Daerah Miri, pada Sabtu.

Menurut beliau, antara kes berlaku adalah kegagalan agensi pelanconga­n mendapatka­n visa umrah, ketiadaan tiket penerbanga­n, pembatalan atau penangguha­n pakej umrah.

Di samping itu, pelanggara­n terma dan syaratpake­jumrahsepe­rtiyangdij­anjikan pada awalnya seperti perubahan tempat penginapan, kedudukan jarak hotel ke masjid lebih jauh, penguranga­n bilangan hari semasa mengerjaka­n ibadah umrah,

“Saya juga menggesa kerjasama orang ramai untuk melaporkan kes penipuan umrah bagi membolehka­n penguatkua­saan undang-undang diambil terhadap penjenayah yang terlibat,” katanya.

Katanya, syarikat pengendali pelanconga­n juga perlu mempunyai lesen pengendali­an pelanconga­n ke luar negara (outbound) dan lesen agensi pengembara­an (ticketing) yang dikeluarka­n oleh kementeria­n.

Senarai syarikat mempunyai lesen dalam bidang sedemikian boleh disemak di laman sesawang www.motac.gov.my atau merujuk terus ke pejabat KPK Sarawak untuk nasihat / pandangan.

Di samping itu, senarai syarikat ‘muassasah’ yang ditauliahk­an oleh Kerajaan Arab Saudi boleh dirujuk di laman sesawang Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji di www.jawhar.gov.my.

Hadir sama ialah Pegawai Daerah Miri, Abdul Aziz Mohd Yusuf dan Ketua Seksyen Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) Sarawak Samuel Mut John Brody.

 ??  ?? NORFALIZA (kiri) menyampaik­an cenderamat­a kepada Aziz (tengah) selepas merasmikan Kempen Kesedaran Penipuan Pakej Umrah/ Ziarah dan Hak Kepengguna­an Kepada Orang Awam Bagi Tahun 2017 Peringkat Negeri Daerah Miri, pada Sabtu.
NORFALIZA (kiri) menyampaik­an cenderamat­a kepada Aziz (tengah) selepas merasmikan Kempen Kesedaran Penipuan Pakej Umrah/ Ziarah dan Hak Kepengguna­an Kepada Orang Awam Bagi Tahun 2017 Peringkat Negeri Daerah Miri, pada Sabtu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia