Utusan Borneo (Sabah)

Tingkat pemahaman terhadap peranan, perkhidmat­an farmasi

-

MIRI: Programpen­yebaran maklumat mengenai peranan dan perkhidmat­an farmasi kepada orang awam diyakini dapat membantu meningkatk­an pemahaman masyarakat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Piasau Datuk Sebastian Ting berkata, Malaysia merupakan salah satu penyedia penjagaan kesihatan yang terbaik di dunia.

Malah, katanya, dalam bidang perubatan terutama di sektor kerajaan, terdapat pelbagai peranan profesiona­l yang berbeza dalam memberikan perkhidmat­an perubatan kepada masyakat.

“Peranan berkenaan termasuk mereka yang berada di farmasi yang tidak berhenti memberikan perkhidmat­an terutama mengenai ubatubatan yang perlu kita ambil.

“Saya yakin terdapat di kalangan kita yang kurang memahami peranan atau tanggungja­wab mereka kepada para pesakit,” ujarnya.

Ting berkata demikian pada majlis perasmian Hari Farmasi Sedunia 2017 anjuran Jabatan Kesihatan Sarawak Bahagian Farmaseuti­kal dan Pertubuhan Farmasetik­al Sarawak di Bintang Megamall di sini, pada Sabtu.

Hadir sama Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Farmasi) Abu Hassan Alshaari Abd Jabar serta tetamu lain.

“Selain membantu masyarakat lebih memahami peranan dan tanggungja­wab ahli farmasi, program sebegini turut menyediaka­n pelbagai malumat mengenai perkhidmat­an yang disediakan.

“Orang awam perlu memanfaatk­an peluang ini dengan sebaiknya,” tambahnya.

Terdahulu, Abu Hassan dalam ucapan alu-aluannya memberitah­u, antara objektif adalah untuk meningkatk­an kualiti perkhidmat­an kesihatan yang disediakan untuk pesakit melalui penggunaan produk terapeutik yang selamat dan berkesan.

“Kita mahu masyarakat bukan sahaja memahami peranan farmasi sebagai pasukan perubatan yang bertauliah, malah menggalakk­an ahli-ahli farmasi menjalanka­n penyelidik­an berkaitan penjagaan farmaseuti­kal yang bersesuaia­n dengan tema kita hari ini,” ujarnya.

Menurutnya, 25 September setiap tahun adalah tarikh sambutan Hari Farmasi Sedunia setelah diputuskan dalam mesyuarat majlis Persekutua­n Farmaseuti­kal Antarabang­sa pada kongres persekutua­n di Istanbul pada 2009.

“Tarikh berkenaan juga merupakan tarikh persekutua­n ditubuhkan pada tahun 1912,” jelasnya.

 ??  ?? TING dan Abu Hassan melakukan simbolik perasmian Hari Farmasi Sedunia 2017 sambil disaksikan tetamu lain di Bintang Megamall Miri.
TING dan Abu Hassan melakukan simbolik perasmian Hari Farmasi Sedunia 2017 sambil disaksikan tetamu lain di Bintang Megamall Miri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia