Utusan Borneo (Sabah)

Jangan benar anasir luar racuni pemikiran rakyat

KM ajak seluruh rakyat S’wak tanpa mengira usia, bangsa dan agama kekal perpaduan, keharmonia­n

-

KOTA SAMARAHAN: Rakyat Sarawak tanpa mengira usia, bangsa dan agama diajak untuk bersamasam­a mengekalka­n perpaduan dan keharmonia­n yang dikecapi sejak sekian lama.

Perkara itu ditegaskan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg menerusi teks ucapannya yang dibaca oleh Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas pada majlis sambutan Minggu Perpaduan 2017 di Dewan Suarah Kota Samarahan, pada Sabtu.

“Bersempena dengan sambutan Minggu Perpaduan 2017, saya ingin mengajak seluruh anak Sarawak tidak kira bangsa atau keturunan untuk samasama berusaha ke arah mengekalka­n perpaduan dan keharmonia­n rakyat di negeri ini.

“Janganlah kita benarkan anasir luar untuk meracuni pemikiran rakyat dan melahirkan perasaan hasad dan dengki antara satu sama lain,” katanya.

Malah, Abang Johari memberitah­u perpecahan dan perbalahan antara rakyat tidak akan menguntung­kan sesiapa.

Pada masa sama, beliau menggesa semua agensi kerajaan persekutua­n dan negeri di Sarawak untuk meningkatk­an kerjasama strategik dan mengamalka­n semangat berpasukan dalam memberi khidmat kepada rakyat.

Jelasnya, ini kerana masalah dalam komuniti masa kini adalah satu masalah yang saling berhubung kait dengan faktor lain.

“Maka, pendekatan holistik dan bersepadu harus dibuat bagi menangani isu dan masalah dalam komuniti,” tegasnya.

Selain itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Satok itu mengajak masyarakat pelbagai lapisan terutama anak muda untuk bersama-sama memberi aspirasi bagi memeta dan mencadang bentuk masa depan yang mereka impikan.

“Ini penting bagi pembanguna­n negara dan Sarawak khasnya kerana golongan muda adalah golongan paling ramai dalam demografi negara dan juga negeri ini,” ujarnya.

Terdahulu Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, perpaduan antara kaum merupakan agenda sosial penting yang wajar ditangani dengan bijaksana.

Sehubungan itu, katanya, usaha untuk membangunk­an Indeks Kesejahter­aan Sosial Negeri Sarawak merupakan langkah penting bagi menilai keberkesan­an pelaburan sosial yang dilakukan kerajaan.

“Saya mengucapka­n tahniah kepada Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) atas usaha menganjurk­an Minggu Perpaduan ini,” tambahnya.

Pada majlis itu, Uggah turut menyampaik­an Anugerah Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Terbaik yang dimenangi KRT Kampung Tengah Sri Aman, Skim Rondaan Sukarela Terbaik (Kampung Melayu), Tabika JPNIN Terbaik (Kuching) dan Kempen Kibar Jalur Gemilang Terbaik 2017 (Kampung Penan Muslim Batu 10, Bintulu).

Hadir sama Menteri Muda Pembanguna­n Infrastruk­tur dan Pengangkut­an (Jalan Persisir) Datuk Julaihi Narawi, Pengarah Bahagian Kesepaduan Sosial dan Integrasi Nasional Malaysia Suraya Wen, Pengarah JPNIN Sarawak Dirwana Azool, Residen Bahagian Samarahan Brahim Lumpu dan tetamu kehormat lain.

“Bersempena dengan sambutan Minggu Perpaduan 2017, saya ingin mengajak seluruh anak Sarawak tidak kira bangsa atau keturunan untuk sama-sama berusaha ke arah mengekalka­n perpaduan dan keharmonia­n rakyat di negeri ini.” DATUK PATINGGI ABANG JOHARI TUN OPENG Ketua Menteri

 ??  ?? UGGAH ditemani (dari kiri) Julaihi, Dirwana dan Fatimah menyampaik­an Anugerah Skim Rondaan Sukarela Terbaik kepada wakil Kampung Melayu.
UGGAH ditemani (dari kiri) Julaihi, Dirwana dan Fatimah menyampaik­an Anugerah Skim Rondaan Sukarela Terbaik kepada wakil Kampung Melayu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia