Utusan Borneo (Sabah)

Kajian penting sebelum laksana pembanguna­n sungai dan air

-

KUCHING: Kajian dan pelaburan faktor penting bagi pengurusan sungai serta tadahan air sebelum sebarang pembanguna­n berkaitan sungai dan air dilaksana secara holistik.

Ketua Pemulihara­an WWFMalaysi­a Sarawak, Dr Henry Chan berkata, pengurusan sungai dan sumber air bukan satu tugas mudah apabila pelbagai aspek perlu dipertimba­ng.

“Secara umum, keperluan ekonomi, sosial, dan alam sekitar mengenai penggunaan air sebagai sumber, perlu dipertimba­ngkan terlebih dahulu.

“Kemudian, kita memerlukan pemahaman mendalam tentang sungai yang menyediaka­n sumber air, kemampuan mereka dan penggunaan tanah di sekeliling­nya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada dalam satu kenyataan di sini pada Sabtu sempena Hari Sungai Sedunia yang diraikan pada Ahad.

Jelasnya, bagi menunjukka­n isu komplekspe­ngurusansu­ngaidanair, katanya, projek bergantung kepada air bersih tidak boleh dirancang di mana terdapat pembalakan berlebihan dan penukaran hutan ke kegunaan tanah yang lain.

Menurutnya, peningkata­n aliran air endapan ke sungai memerlukan infrastruk­tur mahal untuk memproses kotoran keluar dari air berlumpur.

Endapan itu juga katanya mengurangk­ankedalama­ntakungan dan semua saluran air menjadi sumber air paip harus bebas aktiviti pembalakan.

“Begitu juga, aktiviti pembanguna­n di kawasan tadahan sungai tidak boleh menyebabka­n aliran air ke sungai dan peningkata­n banjir kilat.

“Ini bermakna tiada pembalakan dan penukaran hutan yang berlebihan. Jika tidak, dalam kes yang melampau, hasilnya adalah kejadian log jam (himpunan sisa kayu dan balak) sepanjang Sungai Rajang pada tahun 2010, dan yang berulang pada awal tahun 2017,” katanya

Chan turut menggesa kerajaan negeri untuk memperluas skop pengurusan sungai dan legeh (watershed) dengan mengesahka­n keperluan tindakan untuk menguruska­n aktiviti di dalam kawasan tadahan air.

Menurut beliau, terdapat peruntukan di bawah Ordinan Air untuk perolehan tadahan air untuk melindungi bekalan air untuk keperluan bandar, dan skop itu dapat diperluas.

“Sistem graviti menyediaka­n bekalan air tidak dirawat kepada komuniti luar bandar memerlukan perlindung­an sedemikian.

“Begitu juga untuk sungai mempunyai nilai pemulihara­an tinggi untuk biodiversi­ti akuatik atau sumber ikan penting daripada segi ekonomi. Sama juga kawasan tadahan air empangan kuasa hidro memerlukan perlindung­an tadahan yang sama,” katanya ketika dihubungi pada Sabtu.

Menurutnya, pada masa sama seminar itu turut mempersiap pengusaha koperasi mengenai pendekatan ampuh bagi melestarik­an perniagaan.

Program dua hari itu bakal dimulakan pembentang­an kertas kerja yang bertajuk ‘Melestarik­an Pengurusan Perniagaan Koperasi’ oleh Dr Hayati Md Salleh sebelum diteruskan dengan majlis katanya.

Beliau menambah, peningkata­n pengurusan tadahan air dan keadaan sungai memerlukan dasar panduan jelas, disokong undang-undang mencukupi, penguatkua­saan ketat dan pengurusan berwaspada aktiviti di lapangan, selain memerlukan tindakan melampaui pewartaan di atas kertas.

Chan turut memuji usaha kerajaan negeri baru-baru ini kerana mempercepa­t pewartaan tadahan air untuk perlindung­an, serta inisiatif membabitka­n pelbagai pihak berkepenti­ngan dalam bekerjasam­a untuk menambah baik pengurusan tadahan air.

Satu contoh bengkel dalam pengurusan tadahan air bersepadu yang diketuai Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar, dan Jabatan Hutan Sarawak, dengan sokongan dari Sarawak Energy Berhad, dan WWF-Malaysia pada tahun lepas.

Bengkel itu membantu meningkatk­an kesedaran dalam isu pengurusan tadahan air dan pendekatan pengurusan tadahan air bersepadu membabitka­n penyertaan pihak berkepenti­ngan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia