Utusan Borneo (Sabah)

12 dicekup dalam serbuan judi haram di Miri

-

MIRI: Seramai 12 individu termasuk empat penjaga premis judi siber haram dicekup sepasukan polis dalam dua serbuan berasingan di sekitar daerah ini, Jumaat.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Sarawak Senior Asisten Komisioner Dato Dev Kumar berkata serbuan pertama dijalankan sepasukan anggota JSJ Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri diketuai Inspektor Nasrul Hadi Jahat di tingkat satu sebuah rumah kedai di Jalan Desa Indah, Bandar Baharu Permyjaya kira-kira pada jam 6 petang.

“Dua lelaki warga asing masing-masing berusia 25 tahun dipercayai penjaga premis, ditahan ketika serbuan dan kedua-duanya gagal mengemukak­an dokumen perjalanan yang sah.

“Turut ditahan lapan lelaki tempatan berusia 20 hingga 50 tahun sedang asyik bermain permainan judi atas talian di komputer riba premis terbabit,” katanya pada kenyataan akhbar yang dikeluarka­n pada Sabtu.

Jelas Dev, serbuan pertama berjaya merampas 10 buah komputer riba digunakan bagi perjudian siber dan sebuah peranti WIFI serta wang tunai sebanyak RM618 dipercayai hasil dari aktiviti perjudian.

Dev berkata satu lagi serbuan dijalankan sepasukan anggota JSJ IPD Miri diketuai Asisten Superinten­dan Unang Giang di sebuah bilik belakang restoran di Jalan Pasar Lutong kira-kira pada jam 7 malam.

“Dua wanita tempatan masing-masing 35 dan 41 dipercayai penjaga premis dan empat lelaki tempatan berusia antara 35 hingga 50 merupakan pelanggan ditahan di premis tersebut.

“Polis merampas 10 komputer riba, sembilan buah komputer, sebuah peranti WIFI dan wang tunai berjumlah RM370 dipercayai hasil perjudian,” katanya.

Sehubungan itu, semua ditahan dibawa ke Balai Polis Pusat Miri untuk siasatan lanjut.

 ??  ?? ANTARA pelanggan yang sedang asyik bermain permainan judi siber.
ANTARA pelanggan yang sedang asyik bermain permainan judi siber.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia