Utusan Borneo (Sabah)

NGO, parti politik bantah penganjura­n pesta gay, arak

-

KUCHING: Gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik di sini bersatu hati mengadakan majlis bantahan bagi melarang penganjura­n pesta gay dan arak yang dipercayai diadakan di ibu negara dalam masa terdekat.

Bantahan itu diterima daripada GAB30, Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Halaqah Kemajuan Islam Sarawak (Hikam), Yayasan Amal Malaysia (YAM), Gabungan Mahasiswa Islam Malaysia (Gamis), Persatuan Belia Penyayang Kuching (PBPK), IBEST dan Dewan Pemuda Pas Petra Jaya (DPPKPJ).

Majlis bantahan diadakan di luar pekarangan Masjid At-Taqwa Gita di sini sejurus selepas solat Jumaat dan disusuli dengan satu laporan polis di Balai Polis Gita.

Pesta songsang itu satu elemen dakyah terbaharu yang masuk dan mempengaru­hi generasi muda dan amat dikesali rakyat negara ini.

Majlis turut diserikan dengan doa dan munajat memohon keselamata­n dan perlindung­an dari azab dan bala Allah yang dibacakan oleh Imam Masjid At-Taqwa.

Wakil daripada NGO telah diberikan peluang berucap bagi menyatakan bantahan ini mewakili persatuan masing-masing.

Wakil Hikam, Khairul Anwar menyatakan, ini adalah himpunan aman bagi menyatakn rasa bimbang dan mahukan bantahan bersifat profesiona­l serta menurut landasan undangunda­ng termaktub dalam negara ini.

Selain itu, wakil Dewan Pemuda Pas Petra Jaya, Nazir mengajak seluruh rakyat cinta akan kesejahter­aan masyarakat bertamadun ini agar turut sama bangkit bersatu hati menyuaraka­n rasa benci kepada pesta songsang itu.

 ??  ?? ORANG ramai pelbagai pertubuhan bukan kerajaan dan parti politik bantah penganjura­n pesta gay dan arak.
ORANG ramai pelbagai pertubuhan bukan kerajaan dan parti politik bantah penganjura­n pesta gay dan arak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia