Utusan Borneo (Sabah)

S’wak tidak sekat Tun Mahathir: KM

-

BAU: Sarawak membuka pintu kepada Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menghadiri serta berucap pada ceramah PH Sarawak.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata bekas Perdana Menteri tersebut bebas untuk datang ke negeri ini termasuk pemimpin DAP Lim Kit Siang.

“Saya tidak ada di sini pada hari mereka berada di Sarawak... suka hati mereka jika mahu datang. Hanya segelintir individu pelampau yang kita terus sekat,” katanya ketika ditemui pemberita di tapak Pesta Tasik Biru di sini, pada Sabtu.

Terdahulu dalam ucapannya, Abang Johari berkata Sarawak tidak akan membenarka­n individu pelampau memasuki negeri dan memecah belah perpaduan serta keharmonia­n negeri ini.

Antara individu pelampau yang disekat daripada memasuki Sarawak ialah Datuk Jamal Yunos yang merupakan Pengerusi Gabungan NGO Melayu dan juga Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali.

Tun Mahathir akan tiba di sini pada Ahad bagi menghadiri serta berucap pada ceramah PH Sarawak di tempat letak kereta pasar raya Everrise di BDC bermula jam 7 malam hingga 10.30 malam.

Ini merupakan lawatan pertama Tun Mahthir ke Sarawak atas kapasitiny­a sebagai Pengerusi PH.

Selain Tun Mahathir, dua lagipemimp­inpembangk­ang iaitu Kit Siang (DAP) dan Dr Mohd Hatta Ramli (Parti Amanah Negara) juga akan berucap pada ceramah itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia