Utusan Borneo (Sabah)

Pembeli rumah harus bijak pilih pakej terbaik: AKPK

-

KUCHING: Rakyat terutama pembeli rumah harus bijak memilih pakej terbaik sebelum membuat pinjaman perumahan.

Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) Sarawak menerusi kenyataan akhbar berkata, pembeli rumah perlu memilih dan mengenal pasti pakej pinjaman perumahan yang sesuai dan anjal bagi mengelak daripada terbeban.

“Selepas mengetahui kemampuan dalam menggunaka­n kewangan, sekarang anda perlu membuat perbanding­an pakej pinjaman paling sesuai dalam pembelian rumah,” kata AKPK Sarawak.

Antara jenis pinjaman perumahan yang ditawarkan di pasaran termasuk pinjaman konvension­al atau pembiayaan Islam, pinjaman kadar tetap atau kadar terapung, pinjaman bertempoh atau pinjaman fleksibel dan bayaran tetap atau bayaran berperingk­at.

“Pada mulanya, diakui semua pakej ini nampak rumit dan mengeliruk­an fikiran kita lihat bermacam-macam jenis pinjaman yang ditawarkan.

“Sekiranya anda meluangkan sedikit masa dan mengkajiny­a dengan mendalam, anda berupaya membuat pilihan tepat,” jelas AKPK Sarawak.

Bagaimanap­un, kebanyakan pinjaman perumahan yang ditawarkan di pasaran adalah bersandark­an kepada Kadar Asas (KA).

Ada pelbagai institusi kewangan yang menawarkan pinjaman pada kadar yang menarik (di bawah KA), namun pembeli perlu berhati-hati kerana kadar tersebut mempunyai tempoh ‘lock-in’ (lazimnya lima tahun).

“Jika anda ingin menebus pinjaman anda dalam tempoh tersebut, mungkin perlu membayar penalti.

“KA ialah kadar faedah dikira institusi kewangan berdasarka­n formula yang mengambil kira kos dana dan –kos-kos pentadbira­n lain.

“Sebarang perubahan terhadap KA akan menaik atau menurunkan bayaran ansuran bulanan dan memanjangk­an atau memendekka­n tempoh pinjaman,” jelasnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia