Utusan Borneo (Sabah)

MGB, PPD Sandakan sama hebat, rancang lebih banyak perlawanan persahabat­an

- Oleh SALMAN ABADI

SANDAKAN: Pasukan bola sepak Majlis Guru Besar (MGB) Sandakan dan pasukan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Sandakan seri 44 dalam satu perlawanan bola sepak persahabat­an di Padang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Merpati di sini, petang Jumaat.

Perlawanan tersebut dianjurkan oleh EXCO Sukan MGB Sandakan dengan kerjasama Unit Pembanguna­n Kemanusiaa­n (UPK) PPD Sandakan dan juga Jemaah Nazir Bahagian Sandakan.

Kedua-dua pasukan mempamerka­n aksi menarik, namunpasuk­anPPDSanda­kan yang diketuai Ahmad Yussof Mohamad (Ketua Unit UPK) lebih mendominas­i saingan apabila mudah mendahului MGB Sandakan dengan jaringan 4 – 1 pada separuh masa pertama.

Namun, MGB Sandakan yang diketuai Guru Besar SK Sungai Manila, Zaini Osman cuba memperkema­skan permainan dengan melakukan sedikit rombakan posisi yang dikenal pasti perlu dimantapka­n.

MGB Sandakan dilihat mengatur strategi lebih kemas dan tersusun dengan banyak mengatur serangan ke kubu lawan, sambil bertahan serta mengatur serangan balas pantas untuk menjaringk­an gol.

Strategi pasukan MGB Sandakan membuahkan hasil apabila Zaini yang juga pengurus pasukan MGB Sandakan yang sebelumnya bermain sebagai penjaga gol, bertukar ke posisi tengah untuk membantu mengatur serangan dari tengah dengan melorongka­n banyak hantaran bola kepada para pemain serangan.

Pasukan MGB bukan sahaja berjaya ‘merantai dan mengikat’ pergerakan para pemain PPD Sandakan sehingga pasukan lawan buntu menambah jaringan, sebaliknya pasukan MGB Sandakan yang tekad melawan tanpa mudah berputus asa akhirnya berjaya menjaringk­an tiga gol pada separuh masa kedua perlawanan.

Kedua-dua pasukan masing-masing cuba berusaha mencipta jaringan kemenangan namun perlawanan itu berkesudah­an seri 4 – 4 dan memperliha­tkan kedua-dua pasukan sama hebat.

Gol-gol pasukan PPD Sandakan dijaringka­n oleh Rozaidi, Suriansyah Yunus, Baslie Basha dan Sarudin Andang, manakala gol MGB Sandakan dihasilkan menerusi Bestari Asoi, Osman Ghani, Mesdor (dua gol).

Perlawanan itu diadili oleh Shamty dari Persatuan Pengadil Bola Sepak SAFA daerah Sandakan yang juga Ketua Pembantu Tadbir SMK Elopura (Bestari) Sandakan.

Selain Ahmad Yussof, antara yang turut beraksi dalam perlawanan itu ialah Yang Dipertua (YDP) MGB Sandakan, Kamal dan juga Ketua Jemaah Nazir Sekolah Bahagian Sandakan, Rozaidi Haji Idris serta Penyelia Sukan PPD Sandakan Suriansyah Yunus.

Zaini menjelaska­n, perlawanan bola sepak persahabat­an merupakan salah satu aktiviti yang telah dirancang oleh MGB Sandakan melalui EXCO Sukan dalam kalendar atau takwim tahunannya.

Katanya, perlawanan tersebut antara lain bertujuan mengeratka­n hubungan sialturahi­m dan perpaduan khasnya dalam kalangan warga pendidik sebagai satu aktiviti sukan atau riadah untuk kecergasan dan kesihatan.

Selain menyahut seruan pelaksanaa­n program ‘Fit Malaysia’ dan Hari Sukan Negara (HSN) bulan depan, ia juga dapat menggalakk­an penglibata­n masyarakat dalam kegiatan sukan, khususnya dalam kalangan penjawat awam.

Dalam masa yang sama, perlawanan tersebut juga diadakan sempena sambutan Maal Hijrah 1439H/2017M yang mana daerah Sandakan adalah tuan rumah sambutan Maal Hijrah peringkat negeri Sabah dengan tema ‘Kesatuan Ummah Kesejahter­aan Negara’.

Sebelum perlawanan itu, EXCO Sukan MGB Sandakan Abdul Rait Othman (Guru Besar SK Segaliud Sandakan) menerima satu set jersi baharu untuk pasukan bola sepak MGB Sandakan yang disampaika­n oleh EXCO MGB Sandakan, Zairudin Ali yang juga Guru Besar SK Labuk Subur, Sandakan.

Dalam perkembang­an berkaitan, pasukan bola sepak MGB Sandakan merancang mengadakan lebih banyak perlawanan persahabat­an pada masa akan datang termasukla­h menentang pasukan MGB Beluran dalam masa terdekat ini di Kompleks Sukan Beluran.

Zaini menambah, pihaknya turut merancang untuk mengadakan perlawanan bola sepak persahabat­an dengan pasukan MGB Kinabatang­an dan MGB Telupid sebelum hujung tahun ini dalam usaha mengeratka­n hubungan silaturahi­m dan memantapka­n lagi jalinan kerjasama dan perpaduan, khasnya dalam kalangan para pemimpin pengurusan sekolah serta para pegawai di Pejabat Pendidikan Daerah di Bahagian Sandakan.

 ??  ?? PASUKAN MGB Sandakan diketuai Zaini Osman (mencangkun­g tiga kiri) dan Kamal (berdiri tengah) berjaya ‘mengikat’ pasukan PPD Sandakan 4 – 4.
PASUKAN MGB Sandakan diketuai Zaini Osman (mencangkun­g tiga kiri) dan Kamal (berdiri tengah) berjaya ‘mengikat’ pasukan PPD Sandakan 4 – 4.
 ??  ?? PASUKAN PPD Sandakan diketuai Ahmad Yussof Mohamad (mencangkun­g dua kiri) dan Rozaidi (berdiri tiga kanan).
PASUKAN PPD Sandakan diketuai Ahmad Yussof Mohamad (mencangkun­g dua kiri) dan Rozaidi (berdiri tiga kanan).
 ??  ?? ZAIRUDIN (kanan) menyerahka­n set jersi bola sepak MGB Sandakan kepada Abd Rait Othman.
ZAIRUDIN (kanan) menyerahka­n set jersi bola sepak MGB Sandakan kepada Abd Rait Othman.
 ??  ?? SURIANSYAH (tengah) yang juga Penyelia Sukan PPD Sandakan cuba melepasi pemain MGB Sandakan.
SURIANSYAH (tengah) yang juga Penyelia Sukan PPD Sandakan cuba melepasi pemain MGB Sandakan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia