Utusan Borneo (Sabah)

Golf HSCCC dapat sambutan memberangs­angkan

- -Oleh DESMOND QWEK

KOTA KINABALU: Kejohanan Golf Piala Amal Korporat Yang Di-Pertua Negeri (HSCCC) 2017 yang akan berlangsun­g di Sutera Harbour Marina, Golf & Country Club (SHMGCC)pada14Okto­ber mendapat sambutan yang memberangs­angkan.

Selepas penyertaan dibuka tiga minggu lalu, kirakira 40 pasukan atau 160 pemain telah mengesahka­n penyertaan, melepasi lebih separuh dari jumlah sasaran 250 pemain pada kejohanan edisi Ke-3 tahun ini.

Pengerusi Yayasan Nur Jauhar, Haji Al Hambra Tun Juhar ketika ditemui di ibu negeri pada Ahad berkata, jumlah penyertaan meningkat begitu cepat, sekalipun kejohanan itu masih sebulan untuk dilangsung­kan.

“Selain penyertaan secara invidu, tumpuan penyertaan kejohanan ini ialah penyertaan berpasukan melibatkan empat pemain sepasukan di mana tiga keputusan terbaik akan dikira sebagai pencapaian keseluruha­n pasukan mengikut format Nett StrokePlay 18 Lubang.

“Pertanding­an tahun ini akan melibatkan dua sesi pelepasan iaitu 7.30 pagi dan 12.30 tengahari secara `shot-gun’,” jelas beliau sambil menambah, kejohanan itu anjur bersama oleh Yayasan Nur Jauhar dan Sutera Harbour Resort (SHR).

Menurut Al Hambra, hadiah Pukulan Selubang (HiO) yang lumayan termasuk sebuah kereta Mercedes sumbangan Hap Seng Star Sdn Bhd menanti peserta bertuah.

Selain itu, hadiahhadi­ah lain termasukla­h tiket penerbanga­n pergibalik Kelas Pertama dari Kota Kinabalu ke London untuk dua orang sumbangan Malaysia Airlines Berhad serta barangan golf sumbangan MST Golf.

“Kejohanan tahun ini diadakan bersempena Ulangtahun Ke-64, Yang Di-Pertua Negeri, Tun Datuk Seri Panglima Dr. Juhar bin Datuk Haji Mahiruddin yang mana merupakan penung Sutera Harbour Marina, Golf and Country Club (SHMGCC) dan Yayasan Tun Jauhar.

“Selepasper­tandingang­olf amal, Majlis Makan Malam Gala dan penyampaia­n hadiah akan berlangsun­g di Grand Ballroom, The Magellan Sutera Resort bermula 7.00 malam,” tambahnya lagi.

Menurut beliau, para peserta, syarikat atau organisasi boleh menderma mengikut Pakej Derma HSCCC eksklusif iaitu bermain golf dan menghadiri majlis makan malam.

Pakej-pakej yang ditawarkan ialah Pakaj Platinum (RM25,000 ke atas)dimanapend­ermaboleh menghantar penyertaan lima pasukan golf dan lima meja di malam Gala, Pakej Emas (RM15,000 ke atas) tiga pasukan golf dan tiga meja di malam Gala, Pakej Perak (RM10,000 ke atas) dua pasukan golf dan dua meja di malam Gala, serta Pakej Gangsa (RM5,000 ke

Hambra bersama Piala Pusingan Kejohanan Golf Piala Amal Korporat Yang Di-Pertua Negeri di SHGCC pada Ahad.

atas) satu pasukan golf dan satu meja di malam Gala.

Manakala untuk majlis makan malam sahaja, mereka yang berminat boleh mendapatka­n Pakej Orkid bernilai RM2,000, di mana penderma akan diberi keistimewa­an dua meja di Malam Gala.

“Dana sumbangan ini akan digunakan oleh Yayasan ini untuk melaksanak­an aktiviti amal membantu masyarakat yang memerlukan.

“Terima kasih kepada semua yang telah mengesahka­n penyertaan, serta juga mereka yang telah menghulurk­an derma dan sumbangan semasa kejohanan edisi pertama dan kedua,” kata Al Hambra.

Sehubungan dengan itu, mereka yang berminat boleh menghubung­i talian 088303472 (Cornelia Tahing) atau email ke cornelia. esther@suteraharb­our. com.my sebelum tarikh tutup pada 2 Oktober.

 ??  ?? AL
AL

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia