Utusan Borneo (Sabah)

Lukaku, Sterling menyerlah

Pastikan dua kelab berjiran kota Manchester kekal di tangga teratas

-

LONDON, England: Raheem Sterling menyerlah untuk Manchester City sementara Romelu Lukaku memastikan kemenangan Manchester United ketika dua kelab berjiran kota Manchester mengekalka­n kedudukan di tangga teratas Liga Perdana Inggeris dengan kemenangan.

Sterling menjaringk­an dua gol ketika City membelasah Crystal Palace 5-0 untuk melonjak ke tangga teratas liga dengan kelebihan gol berbanding United, yang menang 1-0 di Southampto­n menerusi gol Lukaku dalam separuh masa pertama.

Juara bertahan, Chelsea, Tottenham Hotspur dan Liverpool, juga mengekalka­n saingan dengan kemenangan dan menambah tekanan ke atas Arsenal, yang menentang West Bromwich Albion hari ini.

“Kami kelihatan hambar dalam separuh masa pertama,” kata pengurus City, Pep Guardiola.

“Tetapi dalam 10-15 minit terakhir separuh masa pertama, kami menjaringk­an gol. Selepas itu (separuh masa kedua), kami bermain dengan lebih baik. Gol pembukaan Leroy Sane adalah sangat penting.”

Palace kini sudah tewas enam perlawanan pertama musim ini dan kekalahan teruk di Stadium Etihad Sabtu lepas adalah kekalahan kedua pengurus Roy Hodgson sebagai jurulatih selepas pemecatan Frank De Boer.

City membuka jaringan sebelum rehat apabila Leroy Sane berganding­an cantik dengan David Silva. Dua gol pantas Sterling m e - namatkan sain- gan Palace apabila menyempurn­akan umpanan Sane dan kemudian Sergio Aguero pada minit ke-51 dan 59. Aguero menjadikan kedudukan 4-0 dari umpanan Sane sebelum Fabian Delph melengkapk­an jaringan.

City sudah menjaringk­an 16 gol dalam tiga perlawanan liga terakhir selepas membelasah Liverpool 5-0 dan Watford 6-0. Uniteddibe­rikantenta­ngan yang kuat di Southampto­n tetapi mencipta kemenangan hasil gol keenam Lukaku musim ini pada minit ke20.

“Kami tidak akan sentiasa bermain di tahap terbaik tetapi kami mencuba sebaik mungkin,” kata pengurus United, Jose Mourinho, yang dibuang padang pada minit akhir permainan kerana memasuki tepi padang. “Ia perlawanan yang sukar tetapi saya benar-benar gembira.” Penyokong United sekali lagi menyanyika­n lagu perkauman tentang Lukaku, dan kelab telah meminta rakaman CCTV dari Southampto­n untuk mengesan mereka yang menyanyika­n lagu perkauman itu. Chelsea kekal kurang tiga mata di belakang dua kelab dari

Kami kelihatan hambar dalam separuh masa pertama. Tetapi dalam 10-15 minit terakhir separuh masa pertama, kami menjaringk­an gol. Selepas itu (separuh masa kedua), kami bermain dengan lebih baik. Gol pembukaan Leroy Sane adalah sangat penting. PEP GUARDIOLA Pengurus City

Manchester itu di tangga ketiga selepas Alvaro Morata menjaringk­an hatrik ketika menewaskan Stoke City 4-0 di tempat lawan, selain satu lagi gol dijaringka­n Pedro.

“Morata bermain dengan baik,” kata pengurus Chelsea, Antonio Conte. “Sekarang beliau harus meneruskan rentak ini untuk menjadi penyerang yang hebat.”

Philippe Coutinho menjaringk­an satu gol tendangan percuma cantik – gol pertama sejak tidak dibenarkan berpindah ke Barcelona ketika Liverpool menang tipis 3-2 di Leicester City.

Mohamed Salah dan Jordan Henderson juga menjaringk­an gol tetapi Shinji Okazaki dan Jamie Vardy merapatkan kedudukan buat Leicester dan Liverpool berterima kepada penjaga golnya, Simon Mignolet kerana menepis tendangan penalti Vardy pada minit ke-73.

Harry Kane menjaringk­an gol keenam beliau dari empat perlawanan ketika Tottenham Hotspur menang 3-2 di West Ham United untuk kemenangan ketiga berturut-turut di gelanggang lawan.

Dua gol Kane dalam separuh masa pertama dan gol Christian Eriksen dalam separuh masa kedua meletakkan Spurs selesa 3-0 sebelum Serge Aurier dibuang padang dan memulakan kebangkita­n West Ham, yang merapatkan kedudukan menerusi gol Javier Hernandez dan Cheikhou Kouyate.

Liverpool dan Spurs kini berkongsi 11 mata, lima mata di belakang dua kelab Manchester.

Perlawanan lain menyaksika­n Everton bangkit dari ketinggala­n sebelum menewaskan Bournemout­h 2-1 sementara Watford juga menang 2-1 di Swansea City sementara Burnley dan Hudderfiel­d Town terikat seri tanpa jaringan.

 ??  ?? LUKAKU
LUKAKU
 ?? -Gambar AFP ?? STERLING (kiri) meraikan jaringanny­a bersama rakan sepasukan dalam perlawanan itu.
-Gambar AFP STERLING (kiri) meraikan jaringanny­a bersama rakan sepasukan dalam perlawanan itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia