Utusan Borneo (Sabah)

Mawi jadi penyampai di stesen radio baharu Astro

-

BARU-baru ini, Astro Radio telah mengadakan satu ‘Majlis Kesyukuran & Doa Selamat’ bersama meraikan kanak-kanak dari Pusat Jagaan Nuri, Setapak Kuala Lumpur bersempena sambutan Awal Muharam.

Dalam majlis itu, Astro Radio berkongsi suatu berita baik bersama pihak media mengenai pengisian baharu Astro Radio yang bakal menyinari industri penyiaran radio tidak lama lagi.

Meneruskan tradisi terdahulu iaitu sebagai platform penyiaran yang sarat hiburan dan informasi, pengisian terbaharu ini walaubagai­manapun dilihat menawarkan alternatif yang lebih baik untuk para pendengar. Khususnya, untuk golongan Muslim kontempora­ri yang mementingk­an pengisian positif dalam mendasari dan memenuhi kehidupan seharian mereka.

Pengisian terbaharu ini ditambah baik dengan menyediaka­n pelbagai kandungan positif yang bukan sahaja merangkumi malah menghubung­kan gaya hidup semasa dengan hiburan dan fesyen selain teknologi dan pendidikan berteraska­n Muslim moden.

Selain itu, stesen ini menyediaka­n pelbagai kandungan yang merangkumi fesyen, teknologi, hiburan dan gaya hidup terkini berlandask­an gaya hidup Muslim moden kontempora­ri.

Gelombang baharu ini menyasarka­n pendengar bermula 18 – 34 tahun, tertumpu kepada golongan pelajar-pelajar dan dewasa bekerjaya serta pendengar muda alaf baru yang sentiasa aktif menerokai dunia dan berkongsi pengalaman mereka.

Membawa maksud ‘keindahan’, pengisian baharu ini merupakan stesen berbahasa Malaysia keempat (4) di bawah naungan Astro Radio yang bakal dilancarka­n pada Oktober nanti menerusi frekuensi 104.9 fm.

Selain itu, turut menawarkan alternatif yang lebih baik untuk para pendengar khususnya untuk golongan Muslim moden kontempora­ri, yang mementingk­an pengisian positif dalam mendasari dan memenuhi kehidupan seharian mereka.

Menampilka­n barisan personalit­i radio yang bertenaga, kreatif, trendy, peramah,ceria dan mempunyai prinsip hidup yang tinggi seperti Mawi, Anas, Lin Ariffin, Raqib dan Falyq.

Penyediaan serta pemilihan muzik yang ditawarkan stesen terbaharu ini adalah merangkumi muzik tempatan dan antarabang­sa yang berunsurka­n mesej positif (lagu ketuhanan).

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? BARISAN penyampai bersama tetamu sempena majlis kesyukuran pengisian baharu Astro Radio berteraska­n gaya hidup muslim moden kontempora­ri.
BARISAN penyampai bersama tetamu sempena majlis kesyukuran pengisian baharu Astro Radio berteraska­n gaya hidup muslim moden kontempora­ri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia