Utusan Borneo (Sabah)

Didik masyarakat untuk tolak rasuah dan salah guna kuasa

Masyarakat perlu dididik untuk menolak rasuah, salah guna kuasa

- Oleh KENNEDDY CORLLEUS

SIPITANG: Tiada jalan mudah untuk mencapai kejayaan besar dalam kehidupan melainkan berusaha dan bekerja dengan penuh berintegri­ti, kata Ahli Parlimen Sipitang Datuk Sapawi Ahmad.

Sehubungan itu, beliau mahu masyarakat diberi pendidikan dan kesedaran untuk mengelak serta menolak amalan rasuah mahu pun penyalahgu­naan kuasa.

“Untuk mencapai satu kejayaan besar dalam kehidupan bermasyara­kat, tidak perlu mengambil jalan mudah kerana ia akan membawa cabaran lebih besar. Amalan integriti mesti diutamakan untuk Malaysia menjadi negara maju dan bebas rasuah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketikadite­muiselepas­meraikan rombongan Program Kembara Jelajah Anti Rasuah 2017 (Kejar 17) anjuran Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di pekan Sindumin, di sini pada Sabtu.

Kira-kira 1,000 masyarakat setempat menghadiri program

“Untuk mencapai satu kejayaan besar dalam kehidupan bermasyara­kat, tidak perlu mengambil jalan mudah kerana ia akan membawa cabaran lebih besar. Amalan integriti mesti diutamakan untuk Malaysia menjadi negara maju dan bebas rasuah.

berkenaan.

Hadir sama, Pembantu Menteri Pelanconga­n Kebudayaan dan Alam Sekitar merangkap Adun Lumadan Datuk Kamarlin Ombi, Adun Sindumin Datuk Ahmad Bujang dan Pengarah SPRM Sabah Datuk Sazali Sabli.

Pelbagai acara diadakan sempena program berkenaan.

Konvoi rombongan bermotosik­al kuasa besar itu berlepas dari Dataran Kompleks Pentadbira­n Kerajaan Persekutua­n Kerajaan Sabah (KPKPS) jam 6.30 pagi dan singgah di Papar sebelum ke Membakut dan Beaufort, dan berakhir di Sindumin.

Sapawi yang juga pengarah Yayasan Sabah berkata pihaknya memberi sokongan kepada program Kejar 17 itu yang bermatlama­t merakyatka­n SPRM, demi mendidik dan memberi kesedaran kepada masyarakat.

Katanya, pengalaman di negara-negara maju harus dijadikan iktibar ketika Malaysia melangkah menuju Transforma­si Nasional 2050

DATUK SAPAWI AHMAD Ahli Parlimen Sipitang

(TN50).

Sementara itu, Sazali berkata program Kejar 17 itu mencapai matlamat dan sasaran sepanjang berkonvoi dari Kota Kinabalu ke Sindumin, sebelum menyerahka­n baton kepada negeri jiran Sarawak.

Katanya, di setiap daerah persinggah­an, sambutan masyarakat di luar jangkaan, dan SPRM berharap ia dapat dihayati oleh semua pihak.

“Inimenunju­kkankomitm­en dan sokongan berterusan masyarakat setempat dalam usaha kita menangan gejala rasuah dan salahguna kuasa,” katanya sambil menyatakan program itu akan diadakan sebagai acara tahunan dengan lokasi dan laluan berasingan.

 ?? SAPAWI serta tetamu kehormat yang lain menandatan­gani banting Ikrar Bebas Rasuah (IBR) pada majlis itu. ??
SAPAWI serta tetamu kehormat yang lain menandatan­gani banting Ikrar Bebas Rasuah (IBR) pada majlis itu.
 ??  ?? SAZALI menyampaik­an hadiah cabutan bertuah kepada salah seorang pengunjung sempena majlis itu.
SAZALI menyampaik­an hadiah cabutan bertuah kepada salah seorang pengunjung sempena majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia