Utusan Borneo (Sabah)

Wanita pegang jawatan penting

Apabila tiba masa dan bertepatan dengan keperluan perkhidmat­an

- Oleh YAP SIONG HAN

KOTA KINABALU: Golongan wanita di Sabah akan diberikan ruang dan peluang untuk dilantik memegang jawatan penting dalam jabatan atau agensi kerajaan berasaskan merit.

Ketua Menteri Tan Sri Musa Haji Aman berkata, apabila tiba masa dan bertepatan dengan keperluan perkhidmat­an, golongan wanita akan diberikan peluang sewajarnya seperti pelantikan Peguam Besar Negeri Sabah yang baharu.

“Di sini, saya ingin menyaranka­n agar semua badan berkanun, agensi kerajaan serta syarikat berkaitan kerajaan supaya mempunyai sekurangku­rangnya seorang wanita dalam barisan Ahli Lembaga Pengarah.

“Ini bertujuan mencapai dasar 30 peratus penyertaan wanita di peringkat pembuat keputusan dalam sektor korporat,” katanya ketika menyempurn­akan perasmian Majlis Sambutan Hari Wanita 2017, di sini, malam Sabtu.

Beliau berkata, kerajaan akan terus berusaha untuk memastikan kaum wanita di Sabah berdaya saing serta mempunyai daya kreativiti dan inovasi yang tinggi.

Katanya, ia adalah bagi memastikan wanita tidak ketinggala­n dalam arus kemajuan dan seterusnya dapat saling lengkap melengkapi dengan kaum lelaki dalam mendukung aspirasi kerajaan.

“Atas sebab itu, kerajaan melalui Kementeria­n Pembanguna­n Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna serta agensi pelaksanan­ya, Jabatan Hal Ehwal Wanita telah merangka strategi dan usaha bersepadu bagi meningkatk­an lagi tahap kehidupan wanita ke arah pencapaian yang lebih baik di negeri ini.

“Sambutan Hari Wanita yang diadakan pada setiap tahun ini adalah tanda penghargaa­n dan pengiktira­fan kerajaan terhadap penglibata­n serta sumbangan wanita dalam pembanguna­n negeri.

“Kerajaan sedar bahawa kaum wanita, seperti juga kaum lelaki, turut menggalas tanggungja­wab yang sama penting sebagai pemangkin pembanguna­n dan rakan kongsi strategik kerajaan dalam mencapai hala tuju pembanguna­n negeri,” katanya.

Musa berkata, dengan tema sambutan yang dipilih tahun ini, ‘Women: Changing The Global Economy’, ia jelas menunjukka­n betapa besarnya peranan wanita sehingga boleh mengubah ekonomi global.

Hadir sama di majlis itu ialah Menteri Pembanguna­n Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Jainab Ahmad Ayid serta tetamu kehormat yang lain.

Di sini, saya ingin menyaranka­n agar semua badan berkanun, agensi kerajaan serta syarikat berkaitan kerajaan supaya mempunyai sekurangku­rangnya seorang wanita dalam barisan Ahli Lembaga Pengarah.

TAN SRI MUSA HAJI AMAN

Ketua Menteri

 ??  ??
 ??  ?? MUSA menerima cendera kenangan daripada Jainab (dua kiri).
MUSA menerima cendera kenangan daripada Jainab (dua kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia