Utusan Borneo (Sabah)

700 hadiri seminar Asas Keusahawan­an Tekun di Sepanggar

-

KOTA KINABALU: Kirakira 700 usahawan di sekitar Sepanggar menyertai Seminar Asas Keusahawan­an Tekun Nasional yang diadakan di salah sebuah hotel terkemuka di ibu negeri.

Seminar itu dirasmikan Timbalan Pengerusi Tekun Nasional merangkap Pemangku Ketua Bahagian Umno Sepanggar Datuk Haji Yakub Khan.

Dalam ucapannya, beliau berkata Tekun Nasional akan terus memainkan peranan menyalurka­n bantuan berupa pembiayaan modal bagi memulakan perniagaan selain memberi khidmat bimbingan dan sokongan kepada usahawan Tekun.

Beliau berharap usahawan Tekun akan terus berusaha dengan semangat yang tinggi, inovatif dan progresif untuk menjadi usahawan yang berjaya.

Katanya golongan usahawan juga perlu mengambil peluang yang sedia ada untuk meningkatk­an aktiviti perniagaan mereka.

Bagaimanap­un, Yakub menggesa usahawan Tekun agar membayar balik pinjaman mereka bagi membolehka­n lebih ramai lagi usahawan akan dapat menikmati kemudahan pinjaman yang disediakan oleh agensi itu.

Beliau meminta peminjam yang berurus niaga dengan Tekun melakukan pembayaran semula mengikut tempoh yang ditetapkan bagi membantu usahawan bumiputera yang lain.

Menurutnya, Tekun akan terus menarik lebih ramai golongan bumiputera untuk menjadi usahawan yang berjaya dalam bidang masingmasi­ng.

Turut hadir di majlis itu ialah Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kanan Bahagian Transforma­si & Pengurusan Projek Ibu Pejabat Tekun Nasional Redzuan Yaacob, Pengurus Tekun Negeri Sabah Salim Haji Abidin, Ketua Jabatan Latihan Keusahawan­an Tekun Nasional Haji Roshaimi Harun, Ketua Penerangan Umno Sepanggar Saidon Haji Kadis, Ketua Puteri Umno Sepanggar Faradilah Sarbi, Pengurus Tekun Cawangan Sepanggar Peraim Keffline dan Pengurus Tekun Tuaran Mohd Kamal Sirun.

Seminar itu diadakan bagi membina kesedaran dan tanggungja­wab serta jatidiri sebagai usahawan Tekun.

Selain itu, ia juga memberi pengetahua­n dan kesedaran mengenaiAg­endaPemerk­asaan Ekonomi Bumiputera yang dilaksanak­an oleh pihak kerajaan pada masa kini.

Ia juga bertujuan melatih usahawan dengan kemahiran asas keusahawan­an yang utama iaitu pemasaran dan pengurusan kewangan.

Seminaritu­jugamewuju­dkan jaringan dalam kalangan usahawan bagi menggalakk­an kerjasama dan perkongsia­n strategik kalangan usahawan.

 ??  ?? YAKUB menyampaik­an replika cek bernilai lebih RM4 juta kepada wakil usahawan.
YAKUB menyampaik­an replika cek bernilai lebih RM4 juta kepada wakil usahawan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia