Utusan Borneo (Sabah)

JBPM Kelantan diminta percepat pemeriksaa­n terhadap pusat tahfiz

-

TUMPAT: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan diminta untuk mempercepa­tkan pemeriksaa­n keselamata­n terhadap premis yang terlibat dengan pengajian agama di negeri itu terutama pusat tahfiz.

Pengerusi Majlis Tindakan Persekutua­n Negeri Kelantan (MTPNK) Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata ia bagi mengelakka­n kejadian yang menimpa Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiya­h di Jalan Keramat Ujung, Kuala Lumpur 14 Sept lepas terjadi di negeri itu.

“Apa yang berlaku di Jalan Keramat Ujung itu satu peristiwa yang menyayat hati. Kita reda dengan apa yang berlaku tetapi dalam masa yang sama perkara tersebut tidak sepatutnya berlaku lagi pada masa depan.

“Caranya adalah ikut syaratsyar­at yang ditetapkan kerajaan dan kita harap di Kelantan, pusat tahfiz akan mula diperiksa oleh JBPM Kelantan secepat mungkin supaya kejadian sama tidak berlaku,” katanya yang juga Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada program Ziarah Kasih dan meninjau beberapa Pusat Daerah Mengundi (PDM) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelaboran dan DUN Pengkalan Kubor di sini, malam Sabtu lepas.

Selasa lepas, mesyuarat jawatankua­sa peringkat tinggi (HLC) mengenai Pasukan Petugas Khas Sekolah-sekolah Tahfiz yang dipengerus­ikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesyork­an Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) dipinda bagi membolehka­n pendaftara­n institusi pendidikan Islam swasta termasuk sekolah tahfiz swasta tertakluk di bawah akta itu dengan persetujua­n kerajaanke­rajaan negeri. - Bernama

 ??  ?? MUSTAPA melawat Rafishah Muhammad, 69, yang terlantar akibat strok pada program Ziarah Kasih sempena lawatan beliau ke Pusat Daerah Mengundi (PDN) Kampung Kelaboran pada Sabtu. - Gambar BERNAMA
MUSTAPA melawat Rafishah Muhammad, 69, yang terlantar akibat strok pada program Ziarah Kasih sempena lawatan beliau ke Pusat Daerah Mengundi (PDN) Kampung Kelaboran pada Sabtu. - Gambar BERNAMA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia